Saturday, 14 February 2015

Meskipun 'ketiadaan' Anwar, Nik Aziz...Pakatan Rakyat akan semakin kuat...

Ahad, 15 Februari 2015
Orang Ramai Masih Ziarah Kubur Dan Rumah Nik Aziz
www.kitabantai.info
KOTA BHARU - Kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih lagi tidak putus-putus, menerima kunjungan tanpa henti daripada rakyat seluruh negara walaupun pemergiannya sudah masuk hari kedua.

Laluan masuk ke kawasan Pulau Melaka masih lagi sesak dengan kenderaan sejak awal pagi lagi, apabila ramai orang yang berpusu-pusu ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka tempat Allahyarham disemadikan.

Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri secara dekat kawasan tanah perkuburan Nik Aziz, tidak kira dari pelbagai peringkat usia yang sanggup datang walaupun ada yang terpaksa membawa anak kecil dan tidak kurang juga yang bertongkat.

Bukan sahaja kenderaan, malah bas yang menggunakan pelbagai nombor pendaftaran luar turut diparkir berhampiran Maahad Darul Anuar, Kota Jembal dan ramai yang masih tidak berganjak walau seinci hanya untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau.
Sinar Harian
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/02/orang-ramai-masih-ziarah-kubur-dan.html#ixzz3Rn7AL2SZ
Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim

Ketiadaan Anwar, Nik Aziz semarakkan semangat PR 
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan peristiwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat (PR). 

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Aziz, menyifatkan peristiwa itu sama seperti yang pernah berlaku pada tahun 1998 apabila Anwar dimasukkan ke dalam penjara. “Selepas Anwar dimasukkan ke dalam penjara, barulah Pakatan Rakyat akan semakin kuat,” ujarnya. “Saya positif, dalam erti kata Pakatan Rakyat akan makin kuat, kerana generasi baru ini akan duduk dalam Majlis Ulama PAS dan juga akan duduk sekali dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya sewaktu dihubungi Free Malaysia Today (FMT).

Jelasnya lagi, walaupun terdapat beberapa gangguan, namun Abdul Rahman percaya ia akan membuatkan Pakatan Rakyat lebih matang dan fokus. “Gangguan yang saya maksudkan itu adalah mereka diugut dengan pelbagai jenis undang-undang, dan solidariti Pakatan Rakyat juga tergugat dengan set undang-undang negeri,” ujarnya. Bukan itu sahaja, Abdul Rahman turut memberikan pandangannya mengenai masa depan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. “Azmin berpeluang untuk menjadi pemimpin yang hebat kerana Azmin boleh memimpin dan untuk Azmin menjadi seperti Anwar dan Nik Aziz memang tidak boleh.Tetapi ‘in the making’ Azmin boleh,” katanya. Selain itu, beliau turut melihat Nurul Izzah Anwar dan Khairy Jamaluddin sebagai prospek pemimpin masa depan.

“Nurul Izzah dan Khairy berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri, kemungkinan untuk mereka berdua itu ada,” katanya lagi. Sementara itu, Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari yang dihubungi FMT, turut menyatakan perkara serupa mengenai masa depan Pakatan Rakyat tanpa Anwar dan Nik Aziz. “Saya fikir ketiadaan Nik Aziz dan Anwar bukan masalah besar. Jangan kita nafikan kemampuan Pakatan Rakyat untuk merangka pelan B. Aziz turut menolak dakwaan yang mengatakan Pakatan Rakyat akan berpecah kerana perjuangan tersebut bukan disebabkan oleh dua pemimpin tersohor itu. “Tidak mungkin. Semua tahu bahawa perjuangan ini bukan kerana Nik Aziz atau Anwar. Meskipun mereka tokoh besar yang amat berjasa, saya yakin ketiadaan mereka akan membakar semangat untuk mereka yang tinggal selepas ketiadaan Anwar dan Nik Aziz.

“Paling tidak, mereka tentu mahu membuktikan bahawa mereka juga, sebagaimana dua tokoh besar itu, mampu menerus dan menyudahkan perjuangan yang mereka mulakan,” katanya. Bukan itu sahaja, Aziz turut menyatakan secara ringkas pengganti bagi Anwar di Permatang Pauh tidak semestinya Nurul Nuha Anwar. “Ada bahayanya untuk Nuha sebagai pengganti Anwar. Bagaimanapun, saya tidak nafikan Nuha boleh menang di Permatang Pauh, tetapi ke mana selepas itu? “Ini bukan soal Anwar secara peribadi, ini soal perjuangan,” katanya. 

FMT
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena