Friday, 13 February 2015

"TV3, tolong la hormati kesedihan rakyat Malaysia"...Selepas dikritik, TV3 akhirnya INSAF 30 minit...

Jumaat, 13 Februari 2015

Selepas Dikritik, TV3 Akhirnya Insaf 30 Minit...

Sejak pagi tadi, tv3 telah dikritik oleh pelbagai pihak di laman sosial. Dan antara kritikan yang tersebar luas ialah satu penulisan atau luahan nasihat dari Warga Prihatin.

Baca : TV3, tolong la hormati kesedihan rakyat Malaysia.

Selain itu, tv3 turut disindir menerusi satu gambar.

Kritikan tersebut dibuat bagi mengulas tindakan TV3 yang tidak peka dengan kesedihan rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dan bersedih atas pemergian tokoh agamawan terkenal, tidak hanya di Kelantan dan Malaysia bahkan seluruh dunia, tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berusia 84 akibat derita sakit yang berpanjangan.

Mereka mengkritik bagaimana station tv swasta tempatan itu sanggup menyiarkan rancangan hiburan MENTOR pada pagi jumaat sedangkan tv kerajaan dan ASTRO pula memainkan bacaan Alquran dan siarkan acara langsung pengembumian tuan guru Nik Aziz. 

Namun, tv3 tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab kritikan secara terbuka itu. Tanpa kenyataan rasmi (setakat ini), apa yang TV3 buat ialah menerima kritikan tersebut. Dengan cara positif. Tindakan tv3 ialah pada jam 4.30 hingga ke 5 petang mereka sepatutnya siarkan rancangan 'Edisi Khas' iaitu satu rancangan lawak, namun rancangan tersebut dibatalkan dan digantikan dengan bacaan suci ayat-ayat Alquran. Aku tiada gambar bagi menunjukkan tv3 menyiarkan rancangan tersebut tetapi saksi memaklumkan yang tv3 memang ada menyiarkan bacaan suci Alquran pada tempoh tersebut dan dibawa ke siaran azan asar dan memainkan lagu nasyid.

Tak la aku nak cakap apa.
Aku faham tuntutan iklan bagi menjana pendapatan.
Penting juga siarkan rancangan berimpak tinggi untuk collection iklan dan penaja.
Kalau tidak mana nak bayar gaji kakitangan.

Aku percaya jika tv3 terlibat dalam menyiarkan acara langsung upacara pengembumian tersebut pun rating akan lebih tinggi dari rancangan Mentor.

Apa yang dah lepas tu lepas la.
Walaupun terlambat tapi tv3 respon positif juga pada kritikan.
Yang neh semangat yang bagus.
Cuma aku harap usaha neh berterusan kepada topik yang lain.

Moga tv3 ;

- Berhenti siarkan slot drama pada waktu maghrib
- Berhenti siarkan fitnah ke atas mana-mana pihak
- Berhenti lapor berita berat sebelah

Mari kita semua menjadi pemberita, wartawan arus perdana, blogger, portal berita ataupun wartawan maya yang lebih beretika dengan sama-sama menolak fitnah ke atas mana-mana pihak sekalipun.

Thanks. 

Ameno World

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena