Friday, 24 April 2015

Maka ustaz-ustazpun sangat rajin mengingatkan kepada ahli jemaah kisah Abu Dzar...

Sabtu, 25 April 2015

DEMI JAWATAN USTAZPUN SALAHGUNA HADIS

Demi jawatan, adab Islam hanya ditempelkan kepada yang mencabar jawatan sahaja. Hilang sudah budi bahasa dan keindahan Islam yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin dalam ceramah. 

Maka ustaz-ustazpun sangat rajin mengingatkan kepada ahli jemaah kisah Abu Dzar.

Diriwayatkan, Nabi Muhammad (SAW) pernah menegurnya apabila dia berkata: “Wahai Rasulullah tidakkah engkau menjadikanku sebagai pemimpin?” 

Sabda Rasulullah (SAW)

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ , وَ إِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَ إِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَ نَدَامَةٌ, إلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا , وَ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيْهَا 

“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sementara ia (kepimpinan) adalah amanah. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Riwayat Muslim).

Benar. Abu Dzar suhabat Rasulullah. Siapalah kita di zaman ini berbanding dengan Abu Dzar?

Tetapi wahai ustaz,

Kita sedang berhujah tentang tadbir-urus organisasi (pertubuhan dan negara). Kita bukan mempertikaikan ilmu ugama ustaz. Rasulullah tidak melantik Abu Dzar kerana soal kemampuan untuk mentadbir urus.

Benar. seorang pemimpin harus memiliki bekalan iman dan taqwa.

Tetapi wahai ustaz,

Pemimpin juga wajar memiliki kemampuan untuk berfikir, membuat keputusan, merancang strategi, menguruskan kewangan, mengatur manusia dan macam-macam lagi kemahiran tadbir-urus negara.

Pemimpin professional dan ulama adalah saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Bukankah Mursyidul Am al-marhum Tuan Guru NikAziz pernah mengingatkan kita tentang resepi kekuatan ini?

Jadi, kenapa ustaz menekan golongan professional supaya tidak mencabar jawatan kepimpinan?

Oleh itu wahai ustaz,

Jangan samakan golongan professional dengan Abu Dzar. Ingatlah, ustaz pun bukan Nabi.

Berhentilah memberi tekanan kepada orang yang ingin mencabarmu dengan menggunakan hadis itu!

KEMPEN PEMILIHAN YANG KOTOR (MSTAR)

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalamm surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena