Kereta anak Maria Chin disimbah cat merah
Kereta kepunyaan anak Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah disimbah cat merah di perkarangan rumah beliau dalam satu kejadian dipercayai awal pagi tadi.
Sejak hari pertama tarikh himpunan aman Bersih 5 diumumkan, serangan- serangan jijik, kotor dan ganas ini dilakukan terhadap Maria dan keluarganya.
Dalam satu kenyataan menyebut,Bersih 2.0 menyeru semua pihak untuk menyatukan tenaga untuk menolak keganasan politik ini.
Ini ekoran kejadian dua hari yang lalu, Maria Chin dan 3 anaknya bersama dengan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Singh turut diugut bunuh.
Justeru Maria Chin dan anaknya akan membuat satu laporan polis mengenai kejadian berlaku pada jam 4 petang ini di Ibu pejabat polis Bukit Aman.
Selain petang ini, Bersih 2.0 juga akan ke Bukit Aman untuk menyerahkan satu memorandum mengenai kesemua kejadian yang telah berlaku.
Semua penyokong Bersih di jemput untuk berkumpul di pintu utama Bukit Aman petang ini.
1 comments:
Post a Comment