Bernama WebTV
TELUK INTAN, 31 Mei (Bernama) -- Jajaran Seksyen 9 dan 10 dari Kampung Lekir, Sitiawan ke pekan Beruas, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka selewat-lewatnya Ogos ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata kerja-kerja pembinaan laluan sejauh 44 kilometer itu kini siap 95 peratus.
“Pembukaan seksyen tersebut lebih kepada pengguna tempatan dan laluan itu dapat membantu rakyat mengurangkan kesesakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Jajaran Seksyen 8 WCE Hutan Melintang-Teluk Intan, di Plaza Tol Teluk Intan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata keseluruhan 12 seksyen WCE dijangka siap sepenuhnya hujung tahun hadapan.
Mengenai Jajaran Seksyen 8 WCE Hutan Melintang-Teluk Intan, Mohd Anuar berkata ia boleh digunakan bermula pukul 6 petang hari ini dan setakat ini tiada sebarang bayaran tol dikenakan sehingga kerajaan membuat keputusan berkenaan polisi serta kadar tol.
Otai BERSIH
Tolol lah korang walaun.. Kalau cina MCA/ gerakan korang panggil non muslim.. Kalau cina DAP korang panggil kapir.. Kalau cina DAP berbuka kat masjid tak boleh..haram.. Korang jemput cina MCA/ gerakan buka puasa di masjid boleh pulak..kitab mana korang belaja ni.. Sekejap tak boleh, sekejap boleh..
Ana Tahu
Sayang sungguh pemimpin parti ana ni dengan Lim Guan Eng. Setiap masa dan setiap ketika mesti sebut nama. Nak cadang Lim Guan Eng jadi menteri agama pulak ke? Tunggulah parti ana menang kerajaan pusat nanti. Boleh lantik Bala jadi menteri agama. Dia kata dah mimpi jumpa Nabi dan ahli parti ana percaya...
Otai BERSIH
HANG CAKAP APA NI DIN?
"Nanti minta non muslim sembelih korban dan niat korban sekali..." Lebih kurang macam tu la hang sebut.
Hang cakap apa ni Din? Hang pakai serban tapi cakap macam orang tak sedar diri. Hang sedaq dak apa hang cakap tu?
Cerita non muslim berbaik² dengan orang Islam, masuk masjid, berbuka bersama, makan daging korban dan banyak lagi, bukan cerita baru.
Dah beribu² tahun benda tu berlaku. Cuba hang bagi tau sat, dah berapa ramai orang Islam yang minta non muslim tolong sembelih korban?
Kalau hang nak tarik sokongan melayu untuk parti hang pun, hang tak payahlah buat cerita tak masuk akal. Hang carilah hujah yang lebih padu, bukan main sentimen macam tu.
Aku dah hidup separuh abad, belum pernah aku dengar cerita orang Islam minta non muslim sembelih korban termasuk di negara komunis kafir. Kalau ada hang habaq mai kat aku.
Kalau hang benci sangat kat Malaysia Baharu ni, dan hang kecewa sangat sebab parti hang tak menang dalam PRU lalu, dan hang hilang jawatan MP, hang tok sahlah dok bawa cerita merapu.
Awat hang ingat hang sorang saja ka yang sayang Islam? Hang ingat kami hat tak pakai serban macam hang tak sayang Islam? Hang ingat kami suka kufur? Come onlah Din.
Hang ingat kami semua nak biar Islam rosak? Hang tak payahlah rasa diri hang suci dan lebih Islam daripada orang lain. Hang jangan ingat Islam hang sempurna lebih daripada orang lain.
Untuk makluman hang, kami pun tahu hukum fiqh, bahkan kami percaya pengetahuan kami tentang fiqh tidaklah kurang daripada apa yang hang tahu. Boleh jadi lebih lagi...!
Cuma kelemahan kami ialah, kami tak pandai berlagak alim dan warak macam hang. Mungkin kerana penampilan kami macam tu, hang rasa Islam kami lekeh dan hang lebih Islam daripada kami?
Jangan macam tu Din oi...! Kami sedang menampilkan Islam dalam wajah yang parti hang gagal tampilkan. Parti hang nak bawa Islam ala Khawarij dan nampaknya mendekati cara ISIS.
Untuk pengetahuan hang, Malaysia bukan negara Taliban. Hang jangan dok cuba nak bawa pendekatan Taliban dalam negara ini.
Perkataan hang tu membawa maksud, jangan bagi non muslim terlibat apa langsung termasuk dalam urusan yang agama benarkan. Pasai apa macam tu?
Dalam hal yang agama benarkan, biarlah. Apa salahnya. Hang nak ambik kerja Tuhan pula untuk larang benda yang Tuhan izinkan?
Dalam benda yang Tuhan tak bagi, kami pun tak bagi. Hang sebut tengok benda yang Tuhan tak bagi non muslim buat, tapi kami bagi. Sebut satu cukup.
Hang nak sebut apa? Masuk masjid, hang pun tau Nabi bagi. Edar zakat, kitab fiqh kata boleh. Buka puasa di graha Singh, apa salahnya. Bukan berbuka depan tok kong, tapi dalam dewan.
Cuba hang sebut mai, benda apa yang kami buat yang bercanggah dengan syarak? Suruh non muslim sembelih korban?
Bila kami buat? Hang mana tau kami akan buat? Awat hang ingat kami ni jahil agama sampai setara tu? Awat hang ingat kami tak mengaji fiqh? Kamonlah Din...!
Lantik orang kafir jadi pemimpin? Hal ni dah jawab banyak kali dah. Tapi geng hangpa jenis baca tajuk, tak baca isi, seribu kali kami jawab pun hangpa dok lagu tu jugak.
Sudah-sudahlah Din oooiii... hangpa dan parti hangpa jual agama untuk laba politik.
Oklah Din... aku nak keluaq sat pi beli baju raya anak² aku. Cuma nak habaq kat hang, kami taklah pakai serban macam hang.
Walaupun macam tu, bukanlah maknanya kami tak sayang agama dan jahil agama. Belum tentu orang pakai serban lebih alim daripada geng kepiah hitam macam kami ni.
Ok Din. Selamat hari raya, maaf zahiran wa batinan. Eh...betui dak bahasa Arab aku tu Din...?
Ust Zolkharnain Abidin Al Abyadhi
1 comments:
Hebat presiden mung...buat malu ada presiden cakap pasal international pun xtau...PM NZ kata lelaki...adoila..please tukaq presiden la nnti..malu Malaysia ada Defence Minister mcm ni..satu donia gelakkan Malaysia
Post a Comment