Pelancaran HKR1million Pas Taman Meru, telah bermula pagi tadi di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Ipoh. Tempahan tiket untuk 12 Januari 2013 boleh dibuat sekarang sebelum kehabisan. Hari ini sahaja kaunter tiket telah diserbu oleh penumpang Ipoh untuk ke destinasi masing-masing. Sebahagian besar menempah tiket 28 Disember 2012 Himpunan ANAK dan 12 Januari 2013 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT.
Formula Further Mathematics 'Pakcik' menempahan tiket untuk 10 penumpang (4 warga emas & 6 'orang muda' penumpang warga Perak Darul Ridzuan).
[(20 x 4) + (25 x 6)] + [(27 x 4) + (35 x 6)] = HKR1juta
Pencerahan Minda
RM20 (Warga Emas) ETS Silver - 9.00 am
RM25 (Warga Perak DR) ETS Silver
RM27 (W/Emas) ETS Gold - 9.05 pm
RM35 (W/Perak DR) ETS Gold
"Assalamualaikum nak,..er..Pakcik nak tempah tiket...." seterusnya memberikan Formula Further Mathematicsnya.
Menunggu dengan penuh sabar........"Alhamdulillah masih ada........" sahut petugas kaunter tiket dengan senyuman.
Syukur, setelah berbaris panjang dapat juga 'Pakcik' beli tiket di kauter tiket biasa kerana kaunter tiket ETS ditutup sementara waktu.
"Alhamdulillah Pakcik dah dapat beli tiket, nak bila lagi?" ujar Pakcik kepada saya......aduh diriku terasa kerdil tika ini.
Takbir Allahuakhbar
0 comments:
Post a Comment