Petugas Unit Amal Pas dan Briged Kibaran Bendera meneruskan tugas memberi bantuan membaiki rumah yang terjejas teruk dalam kejadian ribut semalam. Petugas bantuan terdiri daripada ahli-ahli Pas yang mahir dalam pertukangan, pendawaian elektrik, penebangan pokok, dan dibantu Unit Komunikasi Radio Briged Kibaran Bendera Pas Zon Meru. Alatan pertukangan dan atap asbestos telah dibekalkan Pas Cawangan Taman Meru. Manakala Tn Hj Asmuni Awi AJK Pas Pusat turut membekalkan mesin memotong kayu, kenderaan pelbagai guna, dan alatan pertukangan.
Pengusaha dan egen insuran Encik Abdul Razak Bon telah bersedia dan bermurah hati menyediakan polisi insuran kepada petugas sukarela yang melakukan kerja-kerja kebajikan dalam misi bantuan.
Foto di lokasi kejadian ribut
Tinjauan di lokasi
Pemeriksaan awal dilakukan agar tidak mengakibatkan kemalangan
Urus setia sedang membuat tinjauan sebelum operasi dimulakan
Setelah dilakukan tinjauan rumah-rumah yang terlibat, gerak kerja membaiki dimulakan
Kira-kira jam 5.00 petang langit kembali mendung
Petugas diarahkan menerusi Radio Amatur (RA) membaiki dengar kadar segera
sebelum mendung hitam melabuhkan tirai
Saudara Jamal petugas Unit Amal bertungkus lumus membaiki bumbung rumah mangsa ribut dalam cuaca awan pekat hitam berarak kembali
Dibimbangi ribut melanda kembali pada hari kedua
Urus setia mengarahkan menerusi Radio semua Petugas Unit Amal dan Briged Kibaran Bendera menamatkan operasi jam 7.00 malam dan akan disambung esok memandangkan cuaca tidak mengizinkan.
Takbir Allahuakbar
0 comments:
Post a Comment