Wednesday, 20 March 2013

Blogger UmnoReform Akui Kini Umno Tersepit & Sendirian!

Rabu, 20 Mac,2013
NEGARA MALAYSIA KAYA RAKYAT MISKIN
Negara Kaya Rakyat Miskin
Ust Azhar Idrus
Berbagai bencana berlaku berpunca Najib takut dan lewat bubar Parlimen
Najib takut dan lewat bubar Parlimen
Najib takut dan lewat bubar Parlimen
Ini Najib punya pasal.. !!
Kerajaan Rakyat


Umno tersepit? — Anuar Mohd Nor
Muka Depan  Artikel M@rhaen  UmnoReform akui kini Umno tersepit!


15 MAC — Umno sendirian! Adakah benar Umno sendirian dalam menghadapi PRU 13? Adakah benar komponen lain sudah sampai ke tahap lepas tangan dan seakan tidak mampu lagi melakukan apa-apa dalam usaha untuk menjadikan BN peneraju utama politik dan ditabalkan sebagai kerajaan memerintah dengan sokongan melebihi 2/3 majoriti.

Umno seolah-olah tinggal bersendirian dalam menjalani kempen untuk PRU 13 nanti. Rakan utama — MCA dan MIC — dalam erti komponen terbesar dalam BN sudah hilang bentuk dan arah. Kaum Cina tidak perlu menyorokkan realiti sudah nampak menolak MCA secara total.

Kempen mereka sudah tidak jelas dan MCA sendiri masih tidak nampak bergerak selain bergantung harap kepada Umno. Begitu juga keadaan kempen dalam MIC bergantung harap pada Umno. Maka politik komponen dalam BN bergantung harap pada Umno dan kaum Melayu dalam mengundi.

Perlu kita melihat bahawa penolakan bangsa lain khususnya Cina merangkumi kegagalan MCA sendiri dalam membentuk perjuangan untuk kaum Cina. Persoalan utama kegagalan MCA sebenarnya amat subjektif. Ada pendapat yang mengatakan MCA terikat dengan Umno lantas perjuangan sebenarnya kaum Cina terbatas dengan gerakan Umno dan NGO yang menyokong Umno. Ini menjadikan MCA tersepit.

Apa pun keadaan sebenarnya amat kritikal apabila BN terpaksa hanya bergantung harap pada undi kaum Melayu dan penyokong Umno. Sedang dalam PR undi menyeluruh berlaku gabungan undi Melayu, Cina dan India seakan terbentuk.

Umno kini tersepit — undi kaum lain penting. Dalam masa yang sama Umno perlu memperjuangkan juga kaum Melayu. Dalam keadaan yang sama juga memperjuangkan kaum Melayu akan menjarakkan sokongan kaum lain terhadap Umno. Keadaan seakan memerangkap Umno. 

Politik perkauman tidak memberi manfaat kepada Umno sungguhpun realiti yang ada – kepentingan orang Melayu dalam keadaan ekonomi yang masih memihak jauh ke hadapan menyebelahi kaum lain perlu dijaga. Ketidakseimbangan pecahan pegangan antara kaum dalam ekonomi seakan menjadi keperluan untuk orang Melayu masih diberi ruangan subsidi. 

Harapan untuk memberi kesedaran kepada rakyat khususnya dalam masyarakat majmuk khususnya kepada Cina gagal dilakukan oleh MCA. Ini adalah kerana perjuangan DAP agak tetap dan keras untuk orang Cina dan perjuangan DAP ini ada disokong oleh orang Melayu dalam konteks politik yang ada.

Umno tersepit, komponen BN juga tersepit kerana meniti dalam garisan realiti. Bagi Pakatan Rakyat mereka meniti persepsi, meniti kepada keindahan dalam kedudukan antara kaum, tidak merujuk kepada keadaan sebenarnya.

Jelas apa yang kelihatan, dalam BN-Umno adalah harapan dan harapan itu semakin membebankan. Keselarasan perjuangan antara komponen BN semakin tidak berlaku dan akhirnya, antara bangkit berjuang dan menang atau tersedut dengan keadaan yang tidak selesa dalam komponen BN yang tidak lagi mengikut aliran semasa.
— umno-reform2.com - 
Umat UMNO selepas Sembahyang Jumaat, tabur fitnah...
Lebah: Kah! Kah! Kah! Kah! Slruppp!!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena