Penduduk Simunul angkat sendiri mayat penceroboh Sulu
Penduduk kampung mengusung mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung Seri Jaya, Simunul di sini, Isnin.
Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
man3/03/2013 1:19 AM
aku berasal dari selatan filipina...sekolah dan membesar di malaysia seperti anak malaysia ysng lain.dapat A dalam subjek sejarah malaysia tingkatan lima dan enam....namun banyak mana yang di tulis dalam sejarah itu tentang kesultanan sulu?...kurang...hanya ada 2 persen dalam seratus persen..?bila aku masuk alam pekerjaan aku tak dapat kerja kerana tak ada ic.kalau kerja buruh bangunan aku layak dan kerja yang setaraf denganya...dekat dataran pahlawan,i setan,kl sentral,one borneo,ijm dan banyak tempat lagi...aku tertanya apakah aku tidak sekolah?apakah keputusan spm tak melayakkan aku mendapat jawatan yang lebih baik.kerani misalanya.serendah rendah jawatan.?kalau aku ada ic aku tak kerja sebagai tukang plaster siling,ikat bata,bancuh simen.dan bekerja bersama orang indon,vietnam,bangla myanmar yang baru datang ke malaysia.sedangkan aku selama 12 tahun dari darjah satu sampai tingkatan lima menelaah pelajaran sama seperti anak malaysia yang lain..rupa rupanya ketentuan perjalanan hidupku telah ditakdirkan..tidak kah aku berusaha?kawan yang sedarjah ngan aku sekarang menjadi konstabel polis..sedangkan keputusan spm aku lebih baik dari pada dia...tahun 2000.adakah aku sesal nasib aku?perit jerih mak aku mengurut orang kampung di kejiranan aku untuk menyekolahkan aku dalam 14 orang beradik.hanya aku yang bersekolah...sedangkan aku anak yang ke 7...aku menjadi harapan keluarga namun aku kecundang kerana tak mempunyai ic.hanya ada sijil lahir...dengan itulah bapa aku daftarkan aku darjah 1 tahun 1990.bapa dan mak aku pelarian perang 1970 di basilan selatan pilipine...dan aku bersama 11 adik beradik yang lain mendapat perlindungan di malaysia kerana lahir di malaysia dan menikmati segalanya ...iaitu kedamaian dan keamanan...sama seperti anak malaysia yang lain....kami tak pernah balik dan pijak tanah orang tua kami..kami lebih kenal malaysia dari "negara" kami sendiri?salahkah kami?atau orang tua kamikah,atau pilipinkah dengan pejuang bangsamoro pada masa berlaku perang itu hingga menyebabbkan kami lahir di malaysia?dan sekarang dihina sebagai pendatang,pelarian?...kami terima hinaan satu dunia bila mana kami dikata begitu...itu adalah kenyataan.kami tahu kami terhutang budi pada kerajaan malaysia...andai kata kami yang lahir di sabah ini adalah anak pelarian dan akan mendapat penghinaan begini bila mana tuhan ciptakan kami,nescaya kami akan minta ....oh tuhan jangan ciptakan kami.kami tak mahu keturunan kami terhina..anbdai kata seorang bayi itu di beri pengetahuan oleh tuhan mengetahui yang di akan lahir ke dunia dalan keadaan cacat,buta atau kudung nescaya dia akan meminta kepada tuhan agar jangan dilahirkan dirinya kedunia.?ini fitrah manusia..tak mahu susah,miskin,cacat,,,namun dapatkah kita mengubah kemahuan tuhan bila mana ia mahu menciptakan demikian.sesungguhnya dia telah bagitahu kita dalam kalam.diciptakan kita kedunia dan akan di uji setiap dari bani anak adam itu...samaada berupa kemiskinan,sakit,mati,senang,berbangsa bangsa,dan sebagainya..alllahuallam..
Reply
Anonymous3/05/2013 1:39 AM
Man,
Satu curahan naluri yang terbaik untuk dikongsi semua dan untuk menyedarkan kita. Terimakasih Man, moga tuan tabah meneruskan kehidupan ini. Setiap sesuatu itu yang ditakdirkan kepada kita adalah untuk menilai tahap keimanan kita. Kita diberi akal untuk memilih destinasi kita di dunia dan akhirat, tiada siapa pun paksa kita. Mohon izin nak share catatan tuan.
Salam Hormat.
Reply
Source:Shalehudin
Source:Shalehudin
N23 DUN MANJOI
0 comments:
Post a Comment