Thursday, 14 March 2013

KEDAH Negeri Paling Mudah Ditawan...Ketua Penerangan Parti Pelingkop Duit Rakyat!!

Khamis, 14 Mac 2013
ALOR SETAR - Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan bahawa Kedah adalah negeri yang paling mudah ditawan oleh BN berbanding tiga buah negeri lain, hanyalah kenyataan untuk 'menyedapkan hati sendiri'.

Demikian ulasan yang dibuat oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO tersebut.

"Ahmad Maslan kata kemenangan Pakatan pada PRU12 sebagai tipis, adalah dia melihat realiti bahawa PR menang 22 dari 36 kerusi DUN dan hanya memerlukan dua sahaja kerusi bagi mendapat mandat dua pertiga? Manakala bagi kerusi Parlimen PR menang 11 dari 15 kerusi parlimen," ujarnya.

Menurut Musodak, selepas lima tahun mentadbir rakyat dapat melihat dengan jelas pelbagai perubahan ke arah kebaikan yang dibawa oleh kerajaan negeri dan ini menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk mempertahankan kerajaan yang ada.

"Ekonomi berkembang pesat, banyak kawasan perumahan dan pusat perniagaan baru dibangunkan dalam masa lima tahun, pelaburan masuk jauh lebih baik misalnya dalam masa lima tahun pertama KHTP cuma RM4.7 billion masuk tetapi lima tahun PR pelaburan masuk RM10.83 billion.

"Projek Plaza Tunku Yaakob yang terabai sejak 30 tahun dapat kita selesaikan dalam masa dua tahun dengan membangunkan projek berskala lebih besar, pembangunan insan lebih pesat dengan kewujudan ILBAS menganjurkan pelbagai kem latihan.

"Terlalu banyak catatan kejayaan kalau mahu disebut, tetapi malang tidak disiarkan oleh media arus perdana kerana mereka khuatir rakyat tahu dan ia menjadi 'ancaman' kepada BN," katanya.

Mengenai isu KUIN dan pembalakan yang disentuh Ahmad Maslan, Setiausaha Perhubungan itu menjelaskan bahawa ia adalah isu basi yang diulang-ulang. Isu pembalakan telah diperjelaskan dan rakyat Kedah umumnya sudah faham mengenai projek pembangunan yang mahu dilaksanakan. Manakala isu KUIN sengaja ditimbulkan untuk menutup kejayaan kerajaan negeri membangunkan kampus induk KUIN bernilai RM330 juta di Kuala Ketil.

Menyentuh mengenai saranan Ahmad Maslan supaya pembangkang di Kedah terus menyerang kerajaan negeri, Musodak dengan sinis berkata, sebelum serang BN Kedah kena jawab dulu isu Bongkar RM403 juta.

"Lebih sebulan BN Kedah diserang mengenai 11 projek biawak hidup tinggalan mereka yang merugikan duit rakyat mereka tak mampu nak jawab sepatah pun, kini nak serang pula kerajaan negeri.. elok jawab dulu sebelum serang," ujarnya.
Posted by Kedah La at 7:03 PM 
BN Sedia Tawan Semula Kedah - Mukhriz
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional negeri Kedah berada di tahap persediaan tertinggi dalam misi merampas kembali negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah,  Mukhriz Anak Lelaki Mahathir berkata, persediaan tersebut sudah di peringkat akhir dengan kira-kira 90 peratus senarai calon parti itu telah disiapkan.
"Kita sudah bersedia untuk menghadapi PRU-13 bila-bila masa saja tarikh itu diumumkan Perdana Menteri (PM) demi memastikan kemenangan BN di Kedah.
"Walaupun ada orang cakap masalah dalaman di dalam parti, semua itu saya yakin dapat diselesaikan dengan baik. Kita terima baik saranan PM dan Timbalan Perdana Menteri," katanya selepas pengumuman mengenai penganjuran Himpunan Anak Kedah di sini, Khamis.
Tukar Tiub
Survey kata Mukhriz pilihan jadi MB Kedah.. Pemimpin UMNO Kedah kata boleh blah..
ALOR SETAR: Bukan semua ahli dan penyokong  Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13. 

Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

“Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.

“Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,”kata seorang pemimpin Umno bahagian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan terbaru oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bahawa ramai yang mahu Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz lebih popular berbanding tiga pemimpin BN lain iaitu Ketua Perhubungan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Ketua Umno bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, bercakap terlalu awal bahawa pemimpin tertentu akan menjadi Menteri Besar tidak baik kepada parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

“Kita menyebut Mukhriz akan menjadi Menteri Besar Kedah, apa akan jadi dengan Ahmad Bashah?
“Kedua-dua mereka pemimpin utama Umno Kedah. Jadi yang lebih baik jangan bercakap orang ini atau orang itu akan menjadi Menteri Besar.

“Biar kita (Umno) menang dulu dalam pilihan raya baru berbincang untuk memilih Menteri Besar,” kata Nawawi yang juga ADUN Kuah di Parlimen Langkawi.

Seorang pemimpin lain berkata, untuk menjadi Menteri Besar Kedah seseorang itu perlu mempunyai empat kriteria iaitu baik dengan Sultan; baik dengan pegawai kerajaan negeri; baik dengan ketua bahagian Umno dan banyak wang.

Katanya, Mukhriz telah mempunyai kira-kira 50 peratus untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

“Di kalangan pemimpin Umno Kedah yang ada sekarang, Mukhriz yang terbaik. Malangnya Kedah tidak mempunyai pemimpin muda yang ramai seperti Johor,” katanya lagi.
Free Malaysia Today
Kalau sayang Mahathir jangan biarkan BN kalah - Mukhriz
"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.

Terdesaknya dia... tapi.. masih ada yang sayang ke Dr. Mahathir tu?

Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.

"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.
Anak Sungai Derhaka.
rumah mukhriz mahathir
House warming party Mukhriz Mahathir atau kalau ditranslate bulat-bulat ke BM, parti memanaskan rumah Mukhriz Mahathir. Itu le tajuk email yang kitorang terima daripada seorang pembaca Beautiful Nara.
Memang kami kagum sekagum-kagumnya bila tengok gambar-gambar rumah Mukhriz Mahathir nie. Cantik gila beb. Interior lawa, bunga lawa, laman rumah besar. Pendek kata semua memang cun melecun ah.
Rumah Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.
HKR B403J
Skandal BN Kedah rugikan RM403 juta wang rakyat!
Selepas Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Azizan Abdul Razak mendedah empat 'projek sakit' zaman BN yang sedang ditanggung akibatnya oleh kerajaan sekarang ramai yang terkejut kerana belum pernah mendengar isu penyelewengan tersebut sebelum ini.

"Jika anda memiliki rumah kaca, jangan membaling batu kepada rumah jiran," Azizan memetik sebuah pepatah Inggeris ditujukan kepada pihak pembangkang yang mula menyerangnya dengan isu kerugian projek balak di Papua.

Empat kegagalan tersebut ialah isu projek perumahan oleh Yayasan Islam Kedah di Tandop, kehilangan untung projek udang Kerpan, Jerai International Park dan 99 East Langkawi. Ia cuma menambah koleksi skandal zaman BN yang kini terdedah untuk diketahui rakyat.

Tiba-tiba selepas itu terdedah lagi isu 'kecurian' balak di laluan TEKIH di zaman BN yang bernilai kira-kira RM3 juta. Terbongkar cerita penghapusan bukti ala Altantuya di mana sebuah pejabat tapak dengan segala dokumen di dalamnya beserta sebuah kenderaan dibakar hangus sebaik Pakatan menang di Kedah Mac 2008. Memang tiada siapa yang tahu skandal tersebut sebelum ini.

Terbaru, rakyat Kedah 'dihadiahkan' lagi dengan satu lagi bebanan tinggalan BN iaitu sebuah projek feedlot di Paya Mat Insun Pendang yang melibatkan kerugian tidak kurang RM3.5 juta. Ia projek di bawah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) serta infrastruktur projek dibuat oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd yang melibatkan peruntukan RM3.5 juta.

Agak mengejutkan rupanya ia bukan projek usaha sendiri sebaliknya hanya disewakan kepada pihak lain dengan bayaran sewaan RM5 ribu sebulan. GLC negeri yang keluarkan modal tapi tak dapat untung apa-apa. Ia seolah-olah memberi pinjaman kepada syarikat kroni UMNO itu dengan mengambil masa selama 58 tahun untuk mendapatkan balik jumlah keseluruhan RM3.5 juta melalui sewaan RM60 ribu setahun.

Dipendekkan cerita syarikat tersebut mengalami kegalalan dan sewa tidak mampu dibayar. Apabila pihak kerajaan negeri kini berusaha untuk mendapatkan semula segala infrastuktur yang kalau boleh diguna semula, rupanya projek tersebut dibuat di atas tanah persendirian dan tiada perjanjian dibuat antara KAIMB dengan tuan tanah.

Penyelewengan RM3.5 juta berlaku dalam sebuah kerajaan yang berpendapatan tidak sampai setengah billion (pada masa itu) adalah suatu jumlah yang besar. Jika dinisbahkan dengan penyelewengan RM250 juta projek NFC oleh kerajaan Pusat, maka skandal projek lembu Paya Mat Insun ini lebih besar tiga kali ganda (dari segi nisbah pendapatan Negeri dan Pusat). Maka ianya satu penyelewengan yang sangat besar.

Semua penyelewengan BN ini muncul satu persatu di penghujung penggal pemerintahan seolah-olah satu 'anugerah' kepada jentera penerangan Pakatan untuk mengasak BN hingga rapat ke dinding. Ia mengingatkan kita kepada tekanan untuk BN Pusat juga yang muncul satu persatu mengasak mereka kini. Isu lembu NFC rupanya bukan yang terakhir. Muncul lagi isu RM40 juta sumbangan politik untuk UMNO Sabah, muncul Tan Sri Musa Hassan membongkar campurtangan menteri terhadap polis, muncul pula hakim Perancis yang mahu meneliti rekod kes pembunuhan Altantuya dan terbaru muncul India penjual karpet yang dedahkan segala skandal Najib dan Rosmah satu persatu hingga tidak terjawab oleh Najib.

Berbalik isu di Kedah, sebuah jawatankuasa khas menyenaraikan semua penyelewengan yang berlaku di zaman BN. Hasilnya, kerugian dan anggaran kerugian bagi setiap 'projek sakit' tinggalan BN itu adalah seperti berikut:

Yayasan Islam -RM11 juta, projek udang Kerpan -RM8.31, Jerai International Park -RM22 juta, Projek 990East Langkawi -RM48 juta, Seri Temin -RM25.6 juta, Logi air Pdg Sanai & Lubuk Buntar -RM145 juta, Taliworks Langkawi -RM125 juta, Kompleks MPSPK -RM10 juta, Projek balak laluan TEKIH -RM3 juta, ubahsuai Seri Mentaloon -RM2 juta dan projek feedlot di Pendang -RM3.5 juta. Jumlah keseluruhannya ialah RM403.41 juta!
- ZULKIFLI YAHAYA
GAMBAR KERETA BUGATTI VEYRON MOKHZANI MAHATHIR
Roadtax RM24,598.50?
Korang semua tahu tak kereta Bugatti Veyron ni? Kereta yang paling pantas di dunia kalau tak silap dan tentunya harga dia tak murah. Kalau tak silap ada 2-3 orang je yang memiliki kereta ni kat Malaysia termasuk Sultan Johor. Memang meleleh la bila tengok gambar kereta ni. Harga roadtax kereta ni pun dah puluhan ribu. Mokhzani Mahathir ni di senaraikan orang ke 19 terkaya di Malaysia pada tahun 2008 dengan kekayaan USD290 million jadi tak pelik la bila dia ada kereta ni. Mokhzani juga merupakan chairman Sepang International Circuit.
Lepak.My.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena