Perak News
Syoknya jadi KETUA PEMUDA UMNO PERAK..!!!
King Jason
Suatu Permulaan...pengakuan dari cai umno..
Aku tahu bilamana aku mula menyatakan sokongan kepada Dato' Ahmad Husni maka akan ada pihak-pihak yang tidak suka dengan aku. Pelbagai komen yang jijik dihidangkan dalam peti komen aku mengatakan aku dibayar oleh pihak yang ingin melihat Umno tersungkur sekali lagi di negeri Perak.
Sampai begitu sekali. Kenapa tidak ditanya kepada Datuk Seri MB apa perkara yang dia buat sampai buat ahli Umno mcm aku menjadi seolah saldadu Sulu menyerang Malaysia tempohari??? Sudah diberi pelbagai imbuhan namun tergamak menyerang tempat mereka mencari nafkah. Bukan begituuuu. Aku ada asas yang nyata untuk menyerang kepimpinan Datuk Seri MB. Tidak percaya? Ok benda pertama aku nak kongsi dengan anda jika mengaku sayangkan parti keramat melayu ini.
Bukti bergambar di atas ini hasil pencarian yang aku buat dengan team aku untuk membuktikan kebrobrokan pemerintahan Datuk Seri MB yang bersikap jelas hanya menjaga orang-orang yang berkepentingan walaupun orang tersebut masih hijau dalam perjuangan parti keramat ini.
Di sini aku nak lontarkan satu persoalan, siapakah Khairul Azwan Harun??? Tunggu pendedahan selanjutnya selepas ini.
p/s : Tak usahlah nak selamatkan umno..HUMBANKAN terus umno buat selamanya.itu yang tepat!
KedahLanie.
MIMPI NGERI UMNO TELUK INTAN
Teluk Intan merupakan sebuah kawasan yang sangat penting dalam sejarah kewujudan Perak sebagai sebuah negeri yang bersultan. Sebelum Kuala Kangsar menjadi Bandar Diraja, pada tahun 1528, di Teluk Intanlah terletaknya istana Sultan Perak. Bagaimanapun, seperti di tempat-tempat lain juga, di mana terletaknya bandar yang menempatkan istana sultan, kawasan itu pasti akan diserbu oleh golongan pendatang. Apatah lagi dengan kedatangan British pada tahun 1874, golongan imigran dibawa masuk bagi menurunkan jumlah rakyat tempatan yang dilihat tidak mesra British, terutama selepas pembunuhan J.W.W.W Birch di Pasir Salak.
Tinggalan sejarah itulah juga yang masih menaungi Teluk Intan sehingga kini. Sekalipun Teluk Intan yang nama lamanya adalah Teluk Mak Intan sebelum ditukar menjadi Teluk Anson tetapi ditukar kembali kepada Teluk Intan merupakan pekan asal Melayu selepas Bandar Baru yang terletak tidak jauh di seberang Sungai Perak, ditinggalkan akibat serangan British, komposisi kaum di Teluk Intan menjadi duri dalam daging.
Terdapat dua Parlimen di kawasan tersebut iaitu Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan. Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala di Parlimen Teluk Intan, DUN ‘Melayu’ hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.
Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004.
Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.
Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.
Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!
Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.
Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah. Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?
Apakah kerana lambakan beban tugas yang melampau kepada Idris Hashim yang khabarnya mempunyai cerita menarik terutama status bangkrap, untuk dilantik sebagai Pengerusi PNS, menyebabkan UMNO Teluk Intan dibenci? Penggunaan dana PNS untuk politik peribadinya di dalam UMNO Teluk Intan, juga banyak diperkatakan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri PNS di Teluk Intan, menambahkan lagi cerita-cerita negatif tentang Idris Hashim. Bahkan pembayaran zakat PNS yang beribu pejabat di PWTC dikhabarkan dilakukan di Teluk Intan. Malah cerita terbaru tentang serbuan SPRM selepas mendapat laporan yang ‘accurate’ bagi perbelanjaan yang LUAR BIASA PNS, memberikan impak yang sangat negatif kepada Idris Hashim. Paling menarik ialah cerita tentang pengubahsuaian bilik pejabat Pengerusi termasuklah bilik air peribadinya menjangkau perbelanjaan yang sangat luar biasa.
Berdasarkan cerita-cerita yang begitu meluas, timbullah pertanyaan sama ada UMNO Teluk Intan mampu menawan Changkat Jong. Atau Changkat Jong akan terus berada di tangan PAS seperti sekarang kerana masalah Ketua Bahagian Teluk Intan yang tidak berkesudahan?
Perak Today.
THURSDAY, MARCH 21, 2013
Bekas Exco PEMUDA UMNO dedah pasai apa dia keluar parti dan joint PAS..!!
Punca bekas Exco Pemuda Umno Larut keluar parti
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mac 2013
SELAMA – Bekas Exco Pemuda Umno Larut, Zulkifli Minhat mendedahkan, banyak masalah berlaku dalam Umno terutama di peringkat kampung, yang menjadi punca beliau meninggalkan parti itu setelah sekian lama dan pernah menjadi exco pergerakan itu pada 2008.
Zulkifli yang kini menyertai Pas mendakwa, terlalu banyak penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa berlaku dalam Umno terutama melibatkan pemberian bantuan dan sebagainya.
Katanya, beliau melihat kebanyakan bantuan diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya dan selepas melihat sendiri keadaan seumpama itu kerap berlaku, timbul rasa tidak suka dengan cara kerja dijalankan.
"Kita sebagai orang muda tak dapat terima keadaan itu kerana di peringkat kampung, masih ramai individu atau keluarga yang susah dan memerlukan tetapi tidak mendapat hak mereka.
"Jika keadaan itu berterusan, Umno tidak akan ke mana kerana rakyat tahu menilai. Kerana itu saya ambil keputusan menyertai Pas dengan harapan boleh berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Zulkifli turut mendakwa keputusan menyertai Pas juga disebabkan peranan golongan muda seolah-olah tidak dihargai dalam Umno apabila mereka seumpama tidak boleh bersuara atau memberi sebarang pandangan.
Beliau juga mendakwa, keadaan berkenaan sebagai punca beliau tidak pernah hadir ke mesyuarat atau sebarang aktiviti selama memegang jawatan exco pemuda dan merasa kecewa apabila tindakannya menyertai Pas seolah-olah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.
"Beberapa orang ahli keluarga saya pernah terima ugutan. Saya harap perkara begini tidak berulang dan sekiranya tidak puas hati, sila datang jumpa saya sendiri untuk dapatkan penjelasan. Jangan jadikan ahli keluarga saya tempat meluahkan perkara tidak sepatutnya. Pada saya ia tindakan tidak matang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohammad Annuar Ariffin mengesahkan Zulkifli keluar Umno, namun menganggap ia bukan satu kehilangan besar kerana mendakwa Zulkifli tidak pernah memberi sebarang sumbangan selama memegang jawatan itu.
Menurut Mohammad Annuar, selepas menang dan menjadi exco Pemuda, Zulkifli langsung tidak pernah hadir mesyuarat atau sebarang aktiviti dan mendakwa, kemungkinan Umno sudah tiada dalam hati Zulkifli.
"Pemuda Umno Bahagian Larut sudah buat surat untuk dipanjangkan ke peringkat atasan agar Zulkifli dipecat. Selepas ini kita tidak akan terima lagi individu seumpamanya dalam Umno.
"Kita tiada masalah atau halangan untuk beliau menyertai Pas. Lebih-lebih lagi tiada satu pun komitmen yang beliau berikan kepada Umno selama memegang jawatan Exco Pemuda Umno Bahagian Larut," katanya.
Zulkifli bersama 39 ahli Umno lain, membuat pengumuman dan menyerahkan borang keahlian Pas kepada Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pada program Ceramah Perdana anjuran Pas Larut yang turut dihadiri Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Salman Saleh, baru-baru ini.
Laaaaaruttttttt..................
0 comments:
Post a Comment