Thursday, 5 December 2013

Anwar Di Perhimpunan Agung Umno 2013

Jumaat, 6 Disember 2013
Komen Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO

KENYATAAN MEDIA
6 Disember 2013

PAKATAN RAKYAT TERBUKA BERDIALOG

Pakatan Rakyat pada 19 September 2013 telah menyatakan kesediaan kami untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional, yang seiring dengan kenyataan yang dibuat Presiden UMNO, DS Najib Razak sewaktu ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini yang antara lain berkata:

"...parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik."

Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baharu.

Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN

PANAS - Anwar Di Perhimpunan Agung Umno

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Umno hari ini menayangkan sedutan video yang didakwa menunjukkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong dalam isu pengundi hantu semalam pilihan raya umum Mei lalu.

Najib menampilkan video berkenaan untuk mengukuhkan dakwaannya bahawa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung 40,000 warga Bangladesh yang didakwa mengundi dalam pilihan raya umum itu.


Kemunculan semula bekas Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bentuk video di perhimpunan agung parti tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur disambut dengan sorakan oleh para perwakilan.

Sedutan video yang ditayangkan ke skrin besar di Dewan Merdeka, itu turut diselitkan dalam siaran langsung ucapan Najib melalui televisyen.
"Saya timbulkan perkara ini kerana semasa kempen pilihan raya yang lalu, tak henti-henti pihak pembangkang mencanang di sana sini kononnya kerajaan telah membawa masuk lebih 40,000 orang warga Bangladesh sebagai pengundi Umno dan BN.

"Perkara ini tampaknya kita tak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya," katanya sejurus sebelum video tersebut dikeudara.

Klip video sepanjang kira-kira satu minit itu menampilkan beberapa ceramah, sidang media dan wawancara bersama Anwar berhubung isu pengundi asing.

Najib mendakwa, video berkenaan menunjukkan bahawa Anwar dan pengikutnya hanya pandai berbohong.

"Lantaran, semasa lawatan rasmi saya ke Dhaka, Bangladesh, baru-baru ini, saya terpanggil untuk mengucapkan orang Bangladesh panggil, ‘Dhonnobad’ yakni terima kasih dalam bahasa Bengali kepada Perdana Menterinya Sheikh Hasina, kerana telah membantu menyedia sekian banyak rakyatnya sebagai pengundi seperti dimomokkan oleh pembangkang," katanya.Mk
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena