Wednesday, 8 January 2014

Perlis HOT!!! Dua guru sekolah rendah 'BELASAH' Pegawai Jabatan Pendidikan...& GURU DITOREH GARA-GARA TEGUR GAYA RAMBUT PUNK

Khamis, 9 Januari 2014

2 GURU SAMSENG BELASAH PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN

Post image for EKSLUSIF! 2 GURU SAMSENG BELASAH PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN

Hmm…macam-macam kes sekarang nie. Kalau la budak yang libas kerambit ke muka cikgu di Kuala Perlis haritue sekolah nie jugak rasanya bertemu buku dengan ruas. Sebagai pendidik, sepatutnya mereka menunjukkan tauladan yang baik kepada murid-murid. Bukan bergaduh di kaki lima.

SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/ekslusif-2-guru-samseng-belasah-pegawai-jabatan-pendidikan/#ixzz2psrLTZSO


Guru Belasah Pegawai Jabatan Pendidikan

Padang Besar: “Saya tergamam melihat seorang rakan ditumbuk di bahu, belakang kepala dan badannya oleh dua guru lelaki di kaki lima kelas sebelum kejadian itu dileraikan.”

Begitu kata seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 30-an, apabila melihat rakannya yang juga pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dikepung dan ditumbuk dua guru berusia 40-an yang berlagak ala samseng dalam kejadian di sebuah sekolah rendah, di sini.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi kelmarin, mangsa berusia 39 tahun dibelasah dua guru lelaki terbabit yang dipercayai akibat berang dengan tindakannya memantau sesi mengajar di dalam kelas yang dikendalikan seorang daripada mereka.

Sebelum itu, Hisham berkata, pada kira-kira jam 7.30 pagi, dia bersama 30 pegawai Jabatan Pendidikan negeri daripada Bahagian Sektor Penilaian sekolah hadir ke sekolah berkenaan.

Kehadiran mereka termasuk mangsa bertujuan memantau sesi pembelajaran berikutan prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah itu kurang memuaskan.


Post image for EKSLUSIF! GURU DITOREH GARA-GARA TEGUR GAYA RAMBUT PUNK


EKSLUSIF! GURU DITOREH GARA-GARA TEGUR GAYA RAMBUT PUNK | Seorang pelajar Tingkatan Lima ditahan selepas mencederakan muka guru dengan kerambit, hanya kerana berang ditegur sebab hadir dengan gaya rambut punk pada hari pertama persekolahan, semalam.
Kejadian bermula jam 7 pagi semalam, ketika guru berusia 50 tahun itu mengawasi kehadiran di pintu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis, sebelum menegur gaya rambut punk berwarna pelajar terbabit kerana menyalahi peraturan.
Teguran itu membuatkan pelajar berusia 17 tahun terbabit berang sebelum beredar dari situ. Kira-kira 30 minit kemudian, dia kembali semula ke sekolah sambil ditemani ibunya dan bersemuka dengan guru berkenaan.
Susulan pertengkaran yang tercetus ketika pertemuan itu, pelajar terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan kerambit sebelum menyerang muka guru berkenaan.


Serangan luar dugaan itu gagal dielak guru berkenaan, apabila hayunan kerambit pelajar terbabit mencederakan kening kanannya hingga menyebabkan pendarahan dan mangsa terjatuh di tempat kejadian.
Ibu pelajar berkenaan yang tidak sempat menghalang serangan, turut memarahi anaknya kerana perbuatan ganas itu, sebelum bergegas meninggal lokasi kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, berkata pelajar terbabit turut melarikan diri dari sekolah.
Beliau berkata, guru berkenaan kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis yang terletak berdekatan sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya,” katanya.

SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/ekslusif-guru-ditoreh-gara-gara-tegur-gaya-rambut-punk/#ixzz2psqzRC1N

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena