Nak permainkan RAKYAT SANGAT...
Najib diberi makan kangkung di Pulau Pinang.. lagi gambar dan laporannya disini..http://bit.ly/1j8bDQE
Kangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau Pinang
Flashmob membantah kenaikan harga barang telah diserikan dengan adegan tokoh olok-olok Najib diberi makan kangkung seberat 10kg.
Adegan menyumbat mulut "Najib" dengan kangkung sambil menyanyi lagu kanak-kanak popular versi yang telah diubah suai " Lengang Lengang Kangkung". ini dilakukan oleh sekumpulan warga kita di Pulau Pinang petang tadi sebagai membantah kenaikan harga yang kini melanda kehidupan rakyat seharian.
Posted by OMAK KAU
Pemuda Umno beri amaran jangan main isu kangkung
Pemuda Umno negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang mempermainkan Najib dengan kangkung.
Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.
"Ia biadap dan kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.
"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.
Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.
Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.
Kenyataan beliau telah dimuatnaik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.
Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.
0 comments:
Post a Comment