Tuesday 12 August 2014

Exco Selangor dari DAP & PKR mengatakan pemecatan mereka tidak sah...

Rabu, 13 Ogos 2014

Exco DAP dan PKR tolak pemecatan, tetap teruskan tugas

Exco-exco yang dipecat dalam sidang media tergempar oleh Pakatan Rakyat berikutan pemecatan exco-exco Negeri Selangor dari Parti PKR dan DAP di Ibu Pejabat PKR. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengatakan pemecatan mereka tidak sah dan tetap akan menjalankan tugas seperti biasa.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menolak pemecatan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut kerana Sultan Selangor sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian.

"Pelantikan Exco Selangor dibuat oleh Sultan atas nasihat menteri besar."Oleh itu, Sultan sahaja boleh tolak kedudukan Exco," kata Teng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sungai Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

Teng berkata surat pemecatan yang dihantar meragukan apabila Khalid mengatakan sudah mendapatkan perkenan Sultan Selangor.

"Menurut surat hari ini, Khalid berkata Sultan Selangor setuju tamatkan khidmat kami, tetapi kami percaya Khalid tidak tinggalkan pejabat sejak pagi hingga selesai sidang akhbar 6 petang tadi.

"Ini bererti Khalid tidak beri gambaran yang sebenar beliau masih belum lagi menghadap Sultan Selangor untuk nasihatkan tamatkan khidmat kami sebagai Exco," kata Teng.

Teng berkata sekiranya Khalid mendakwa sudah mendapatkan perkenan semalam, mengapa beliau tidak memecat semalam tetapi sebaliknya mahu berjumpa dengan Exco untuk mendapatkan sokongan.

"Tetapi beliau berkata kepada kami untuk berjumpa bagi melihat sama ada mendapat sokongan ataupun tidak.

"Keputusan pemecatan mengatakan mendapat perkenan Sultan oleh Khalid sangat bertentangan," kata Teng.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong gesa baki 4 Exco PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat esok.

"Kami harap empat Exco lagi itu tidak menghadiri mesyuarat dengan Khalid esok," kata Elizabeth.Dalam pada itu, Teng menegaskan Khalid tidak mempunyai kelayakan untuk pecat Exco kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Kedua, kerajaan Selangor adalah Pakatan Rakyat dan beliau tidak ada kelayakan untuk pecat anggota Pakatan Rakyat.

"Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia kerana pecat kerajaan beliau (Khalid) sendiri pada ketika beliau sendiri sudah dipecat oleh partinya sendiri," kata Teng.

PR hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP.Lima daripada Exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Selain Teng dan Elizabeth, 3 lagi Exco juga hadir pada sidang di ibu pejabat PKR malam ini adalah Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin).TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena