Monday 11 August 2014

Majlis Dewan Diraja Selangor...Kenali Ahli Majlis Mesyuaratnya

Isnin, 11 Ogos 2014
Gambar: SULTAN SELANGOR PERKENAN TAN SRI KHALID KEKAL MENTERI BESAR SELANGOR!!!!
http://omakkau.blogspot.com/2014/08/sultan-selangor-perkenan-tan-sri-khalid.html
Ahli Dewan Diraja... 



Hari ini, diketahui Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor telah pun mul bermesyuarat untuk membincangkan berkenaan kemelut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis berkenaan akan membuat keputusan apakah status seterusnya bagi Abdul Khalid adakah terus kekal menjadi Menteri Besar atau berundur daripada jawatan itu.

Badan itu yang turut dikenali sebagai Dewan Diraja Selangor mengadakan mesyuarat di Istana Alam Shah, Klang.

Dalam isu ini, ada tanda tanya yang bermain di minda orang ramai iaitu siapakah ahli-ahli dalam Dewan Diraja Selangor?

Dewan Diraja Selangor merupakan badan penasihat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dianggotai oleh mereka yang cukup berpengaruh tetapi bukan ahli politik, kecuali sesiapa yang menjadi Menteri Besar Selangor.

Setiap ahli dilantik untuk memegang jawatan tersebut selama tiga tahun dan akan diperbaharui atas pekenan Sultan.

Mudah ceritanya, Ahli Dewan Diraja itu terbahagi kepada empat iaitu,

Ex-Officio atau pegawai-pegawai yang memegang jawatan utama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ahli Waris iaitu wakil kerabat diraja Selangor.

Orang-Orang Besar iaitu pemimpin-pemimpin tempatan yang dilantik oleh Sultan Selangor.

Orang Tua-Tua iaitu individu terhormat yang dilantik atas kewibawaan integriti mereka.

Ahli politik dari dalam senarai ahli Dewan Diraja Selangor hanya Abdul Khalid yang dilantik kerana beliau merupakan Menteri Besar Selangor.

Ex-Officio Dewan DiRaja Selangor lain adalah Tengku Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, yang mana pelantikan mereka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2016.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Lima Orang-Orang Besar itu Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf; Tan Sri Ambrin Buang; Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali; Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Tan Sri Setia Ismail Adam; Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar.


Jika diteliti senarai itu nama ahli Dewan Diraja Selangor ini cukup ‘mantap’ dan berwibawa… apa saja keputusan Dewan Diraja yang menjadi tempat rujukan Sultan Selangor untuk meminta pandangan dan nasihat jangan dipertikaikan.

Terutama oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan kerana dibimbangi akan menjejaskan kestabilan dan keharmonian yang dinikmati oleh negeri Selangor khasnya Malaysia umumnya selama ini.
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena