Anak Mahadeath Cari Nama Di PAU, Tak Peduli Banjir di Kedah
MB Kedah sibuk mempromosikan dirinya setelah dua kali gagal dalam pemilihan agung UMNGOK. Kali pertama sebagai Ketua Pemuda dan kali kedua sebagai Naib Presiden. Sekarang ini, MB Kedah lebih sibuk berkenalan, mempublisitikan dirinya dan mahukan para perwakilan ingat bahawa dia masih popular dalam UMNGOK.
Proposal kepopularitiannya wujud dan boleh ditemui dalam Facebook menerusi kerja-kerja para macainya yang tidak tahu apa-apa tentang keperluan rakyat sebaliknya hanya memikirkan bagaimana hendak mengampu si Botak dengan sedikit upah yang diperolehi mnerusi Azimi Daim, salah seorang Pegawai Khas MB yang turut memegang peranan penting bagi hal ehwal di selatan Kedah yang menjadi kunci kemenangan UMNGOK pada PRU-13 lalu.
Banjir telah melanda pekan Serdang, Kedah, pekan utama yang menghubungkan antara pekan Selama Kedah dan Bandar Baru serta transit dari Parit Buntar dan Selama Perak ke Kulim dan suatu masa dahulu, Pulau Pinang dari arah Selatan.
Lebih 18 pusat pemindahan banjir telah dibuka untuk menempatkan penduduk-penduduk kampung di sekitar pekan Serdang yang terjejas akibat banjir. Sedangkan pada masa yang sama, Menteri Besar Kedah yang terlupa bahawa Daerah Bandar Baru adalah salah satu daripada daerah di Kedah dan merupakan antara yang termundur dan tertinggal jauh, masih tidak menjengukkan diri kerana terlalu sibuk dengan kegiatan UMNO di Kuala Lumpur.
MB Kedah mempunyai rumah besar di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Rumah kaca yang mempunyai sofa mahal yang terletak di tepi kolam renang di rumah besarnya, bernilai jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan rumah penduduk di Serdang.
Timbul pertanyaan, bila lagi MB Kedah hendak melawat mangsa-mangsa banjir di Serdang, berbanding bergelak sakan di PWTC yang terletak tidak jauh dari rumah besarnya. Ketika banjir melanda Kedah terutama sekali di Alor Star pada pertengahan 2009 dan 2011, bukan main lagi macai-macai UMNGOK mengutuk Arwah Ustaz Azizan yang pada waktu itu sedang uzur kerana tidak menunjukkan muka dan melawat mangsa-mangsa banjir walaupun Ustaz Azizan memang membuat lawatan.
Mengapa MB Kedah yang lebih mementingkan kerjayanya dalam UMNGOK, tidak dilayan sama seperti arwah Ustaz Azizan? Takkan jadi Menteri Besar Kedah dengan sengih sana sini kemudian menganjurkan program yang semuanya untuk mempublisitikan dirinya sebagai calon Naib Presiden UMNGOK pada PAU akan datang?
Dulu bolehlah kata Kerajaan PAS tak jaga longkang sampai banjir melanda. Sekarang ini, Kerajaan UMNGOK yang MB Kedah jadi Ketuanya, jaga sangat ke longkang dan sungai sampai banjir besar boleh melanda pekan Serdang?
Seteruk-teruk dan pemalas PBT di bawah Kerajaan PAS, Serdang tidak banjir tapi sebijak-bijak anak Mahadeath sebagai Menteri Besar, banjir besar melanda Serdang. Teruk-teruk arwah Ustaz Azizan, masa banjir dia tidak sibuk mempublisitikan dirinya dengan bantuan macai-macai tangga SUK untuk mempersiapkan dirinya sebagai calon Naib Presiden PAS, tetapi sehebat-hebat anak Mahadeath, tidak mustahil sekiranya ada mangsa banjir di Serdang yang terbunuh, barulah dia datang menjenguk.
Atau barangkali, MB Kedah itu tersilap faham kerana ingatkan pekan Serdang itu terletak di Selangor dan di bawah pentadbiran DAP, bukannya di Kedah dan di bawah UMNGOK.
** Gambar-gambar diambil dari Facebook macai yang dibayar upah untuk memuja dan mengampu MB
Posted by Era pasca
Proposal kepopularitiannya wujud dan boleh ditemui dalam Facebook menerusi kerja-kerja para macainya yang tidak tahu apa-apa tentang keperluan rakyat sebaliknya hanya memikirkan bagaimana hendak mengampu si Botak dengan sedikit upah yang diperolehi mnerusi Azimi Daim, salah seorang Pegawai Khas MB yang turut memegang peranan penting bagi hal ehwal di selatan Kedah yang menjadi kunci kemenangan UMNGOK pada PRU-13 lalu.
Banjir telah melanda pekan Serdang, Kedah, pekan utama yang menghubungkan antara pekan Selama Kedah dan Bandar Baru serta transit dari Parit Buntar dan Selama Perak ke Kulim dan suatu masa dahulu, Pulau Pinang dari arah Selatan.
Lebih 18 pusat pemindahan banjir telah dibuka untuk menempatkan penduduk-penduduk kampung di sekitar pekan Serdang yang terjejas akibat banjir. Sedangkan pada masa yang sama, Menteri Besar Kedah yang terlupa bahawa Daerah Bandar Baru adalah salah satu daripada daerah di Kedah dan merupakan antara yang termundur dan tertinggal jauh, masih tidak menjengukkan diri kerana terlalu sibuk dengan kegiatan UMNO di Kuala Lumpur.
MB Kedah mempunyai rumah besar di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Rumah kaca yang mempunyai sofa mahal yang terletak di tepi kolam renang di rumah besarnya, bernilai jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan rumah penduduk di Serdang.
Timbul pertanyaan, bila lagi MB Kedah hendak melawat mangsa-mangsa banjir di Serdang, berbanding bergelak sakan di PWTC yang terletak tidak jauh dari rumah besarnya. Ketika banjir melanda Kedah terutama sekali di Alor Star pada pertengahan 2009 dan 2011, bukan main lagi macai-macai UMNGOK mengutuk Arwah Ustaz Azizan yang pada waktu itu sedang uzur kerana tidak menunjukkan muka dan melawat mangsa-mangsa banjir walaupun Ustaz Azizan memang membuat lawatan.
Dulu bolehlah kata Kerajaan PAS tak jaga longkang sampai banjir melanda. Sekarang ini, Kerajaan UMNGOK yang MB Kedah jadi Ketuanya, jaga sangat ke longkang dan sungai sampai banjir besar boleh melanda pekan Serdang?
Seteruk-teruk dan pemalas PBT di bawah Kerajaan PAS, Serdang tidak banjir tapi sebijak-bijak anak Mahadeath sebagai Menteri Besar, banjir besar melanda Serdang. Teruk-teruk arwah Ustaz Azizan, masa banjir dia tidak sibuk mempublisitikan dirinya dengan bantuan macai-macai tangga SUK untuk mempersiapkan dirinya sebagai calon Naib Presiden PAS, tetapi sehebat-hebat anak Mahadeath, tidak mustahil sekiranya ada mangsa banjir di Serdang yang terbunuh, barulah dia datang menjenguk.
Atau barangkali, MB Kedah itu tersilap faham kerana ingatkan pekan Serdang itu terletak di Selangor dan di bawah pentadbiran DAP, bukannya di Kedah dan di bawah UMNGOK.
** Gambar-gambar diambil dari Facebook macai yang dibayar upah untuk memuja dan mengampu MB
Posted by Era pasca
0 comments:
Post a Comment