Saturday, 22 November 2014

Jabatan Perdana Menteri 'lubuk perbelanjaan mewah'?...Kerajaan BN BOROS!

Sabtu, 22 November 2014

Mengintai lubuk perbelanjaan mewah (?) - di mana tu?

Dengan perbelanjaan besar diperuntukan kepada JPM yang termasuk di dalamnya program anak emas (anak emas siapa- tak tahu!) - PERMATA, apakah masalah yang membelenggu kehidupan rakyat seperti kesan berantai daripada kenaikan harga minyak, harga rumah yang mahal, kos pendidikan yang tinggi, kos perubatan berkualiti mesti berbayar, kos tambang pengangkutan awam yang meningkat, masalah ketelusan dan integriti dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan macam-macam lagi akan SELESAI? 

Untuk mengatakan segala masalah itu dapat dikurangkan, amat tidak meyakinkan, inikah pula untuk melihat ianya SELESAI! Sebaik habis gula-gula one-off, rakyat akan terus menanggung beban kos hidup tinggi, tanpa mereka mampu dan sempat untuk mengubah kedudukan taraf sosial-ekonomi mereka masing-masing.

Sesungguhnya, taburan bajet di atas kertas nampak macam menarik buat rakyat, namun realiti pelaksanaannya belum tentu kerana tidak jelas mekanisme kawalan ketelusan dalam pembentangan baiet tersebut. Proses kawalan, 'kemutan' dan pilih kasih bajet untuk golongaan rakyat tertentu, sukar dilihat untuk diberhentikan!

Sumber GaramLada

Rencana dipetik dari Malaysiakini:

Belanja JPM terus meningkat bawah Najib

Perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus meningkat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jumlah perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pada 2003, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk JPM hanya RM3.6 bilion. Jumlah itu meningkat lebih empat kali ganda dalam Bajet 2015.

Menurut anggaran daripada Kementerian Kewangan, JPM dijangka akan membelanjakan sejumlah RM19.1 bilion pada 2015 berbanding RM16.5 bilion pada tahun ini.

Jumlah ini merupakan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan untuk tahun ini.

Peruntukan itu meliputi bidang yang luas, termasuk latihan badan kehakiman, sekolah tadika, keselamatan negara, tenaga nuklear, hak asasi manusia (Suhakam), perancangan ekonomi, serta stesen televisyen.

Selari dengan itu, sebanyak RM1.24 bilion diperuntukkan untuk membiaya gaji ribuan kakitangannya pada tahun ini.

Pecahan paling besar dari peruntukannya disalurkan untuk perkhidmatan dan perolehan, melibatkan kos RM2.85 bilion pada tahun ini.

Untuk 2015, perkara yang menjadi tumpuan utama ialah “projek khas” dengan peruntukan khusus RM1.6 bilion.

Jumlah itu berlipat kali ganda lebih besar berbanding hanya RM180 juta untuk tujuan sama pada 2014.

Antara program dan agensi bawah JPM adalah program PERMATA – program pendidikan awal dinaungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan juga program indoktrinasi Biro Tatanegara.

Menjelang penghujung 2014, unit PERMATA dijangka akan membelanjakan RM42.8 juta, dengan seramai 40,000 kanak-kanak yang mengikuti programnya. Bagaimanapun, peruntukannya pada tahun depan akan dikurangkan kepada RM30.1 juta.

PERMATA tidak membiaya sekolah berkenaan secara langsung, namun menyediakan “pengurusan, operasi, pemantauan dan sokongan” untuk melaksana program berkenaan.

Sementara itu, unit propaganda kerajaan, BTN dijangka membelanjakan RM64.9 juta pada 2014, dan mendapat peruntukan RM58.6 juta untuk dibelanjakan pada tahun depan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena