Samseng Buli Jalan Raya Ini Ditangkap Dan Didakwa
Petaling Jaya: Seorang lelaki yang gambarnya tersebar di laman sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi, dua hari lalu.
Pengarah syarikat konsultan Khoo Kok Ann, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan kereta dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari warna putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mamat ludah dan kepak viper kereta dah kena dakwa di mahkamah..
Pengarah syarikat didakwa ludah, ugut wanita
Seorang pengarah syarikat perunding hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi wanita dua hari lepas.
Khoo Kok Ann, 58, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.
Mengikut pertuduhan pertama, Khoo didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45, yang melibatkan anggaran kerugian RM40 di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) susur keluar Putrajaya (atas jejambat) pada 8 pagi 17 November lepas.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan ugutan terhadap wanita sama dengan menghalang laluan perjalanan mangsa pada masa dan tempat yang sama.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Gambar mengenai kejadian itu turut tersebar secara meluas di facebook.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan kerana kes itu mendapat perhatian umum.
Namun, peguam T. Geetha, yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM1,000 bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan ia adalah kesalahan pertama anak guamnya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan kes.

Khoo membayar wang jaminan itu.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment