Tuesday, 18 November 2014

[Video] Penjelasan punca kejadian 'Langit Merah' di Mekah... Sebenarnya ribut debu atau dust storm.

Selasa, 18 November 2014

mekah
Baru-baru ini beberapa gambar dan juga video yang memaparkan kejadian langit merah dan juga ribut di mekah telah tersebar di laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp.

Menurut dari gambar tersebut, kejadian langit merah itu sesuatu yang aneh yang berlaku di Jeddah dan Mekah tetapi ia sebenarnya adalah kejadian ribut debu atau dust storm, satu kejadian yang biasa berlaku di Mekah.

 Untuk pengetahuan semua, selain dari ribut debu, Mekah dilanda hujan yang lebat beberapa hari lepas sehingga banjir di beberapa tempat. Kejadian langit merah pula adalah kerana cahaya matahari dilindungi oleh debu yang terbang di udara menyebabkan keadaan sekitar menjadi merah. 

Berikut adalah petikan daripada komen seorang hamba Allah yang berada di tanah suci:

" Bismillah..
Wassolatu wassalamu 'ala rosulillah..
Saya menerima banyak pertanyaan tentang berita bahawa Mekah dan Jeddah dilanda kejadian pelik. Ia telah tersebar dengan meluas di fb dan whatsapp.
 
Saya puji sikap mereka yang kritis akan berita-berita sebegini. Segera bertanya orang yang mereka yakini. Tidak terus percaya. Apatah lagi menyebarkannya tanpa mahu memeriksa. 
Saya tegaskan. Tiada yang peliknya Mekah atau Jeddah hujan lebat. Langit merah, gelap dan sebagainya. Boleh dikatakan setiap kali bertukar musim keadaannya begitu. Petanda haramain sekarang ini sedang menuju musim sejuk. Madinah juga hujan. Apa yang peliknya? 
Ianya soal sikap. Suka men'viral'kan perkara-perkara begini. Mahu populariti. Bukan sekali dua. Sudah banyak berita-berita begini yang sampai kepada kita. 
Sebelum ini, tersebar imam masjidil haram, syeikh Abdurrahman Sudais meninggal. Walhal beliau masih hidup dah baru sahaja selesai mengimamkan solat. Tahun lepas berita sama juga. Orang sebar sana sini. Tahun ini ulang lagi. Tahun depan tidak hairan dapat lagi. Berapa kali syeikh Sudais mahu meninggal? 
Sikap suka sebar tanpa kaji berita itu benar atau tidak adalah salah! Tidak sepatutnya berlaku.
Syabas kepada yang merujuk kami di page ini atau dimana-mana sumber. Tahniah kerana bersikap seperti yang diajarkan dalam al-quran.
 
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
Al-hujurat : Ayat 6
~abu ayyub"

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena