Tuesday, 9 December 2014

Aku tak tertakluk bawah undang-undang kerajaan Umno lagi...Aku pegang kad asylum (Asylum Agreement UN)

Selasa, 9 Disember 2014
Aktivis Ali Abd Jalil sudah mendapat kad suaka politik


Aktivis Ali Abd Jalil mendedahkan beliau sudah mendapat kad suaka politik di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan perjanjian Dublin di bawah perjanjian suaka.  

"Sekarang aku pegang kad asylum, bawah undang undang PBB dan perjanjian Dublin (asylum agreement).. aku tak tertakluk bawah undang undang ******* kerajaan umnodan sultan... Sini bukan Malaysia," tulis Ali di laman Facebooknya.

Ali yang lari ke Sweden selepas beberapa kali ditahan polis ekoran kirimannya dalam Facebook walaupun dibebaskan oleh mahkamah berkata, Malaysia sedang menuju republik milik rakyat.  

"Hapuskan fasis dan rasis... polis dan mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat," tulis Ali lagi yang turut memuat naik gambar kad suakanya.

Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan bahawa pasport Ali dan blogger Alvin Tan yang mencari suaka politik di luar negara, ditarik balik.Menurutnya, ia berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja Jabatan Imigresen menghantar surat rasmi ke alamat terakhir mereka.

“Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu,” kata Mustafa dalam sidang medianya.“Selain menghantar notis, kita juga akan meletakkan pengumuman dalam akhbar tempatan mengenai keputusan jabatan ini.

“Kedua-dua individu itu juga disenaraihitamkan dalam pangkalan data kami, maka mereka perlu ada keizinan khas untuk kembali ke tanah air,” katanya.Bagaimanapun, Mustafa berkata Ali dan Alvin masih rakyat Malaysia, kerana kerakyatan mereka masih belum ditarik.

Ali berdepan 3 tuduhan menghasut kerana didakwa menghina kesultanan Johor dan Sultan Selangor dalam kiriman Facebook.Ali kali pertama ditahan pada 8 September dan ditahan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Pada 23 September, dia dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM8,000 di kompleks mahkamah Shah Alam, tetapi ditahan semula dan dibawa ke Johor ekoran laporan polis lain terhadapnya.


Susulan itu, Amnesty International menggelarnya banduan teraniaya (prisoner of conscience), dan berkata tindakan itu bagi memastikan dia tidak terus dihukum atau pendakwaan terpilih lapor The Malaysian Insider.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena