Thursday, 18 December 2014

Hooligans (bertutup muka) menangis di mahkamah ketika perbicaraan...

Khamis, 18 Disember 2014


2 individu yang didakwa kerana menyerang dan melakukan kekasaran serta provokasi terhadap penyokong2 bola sepak Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama piala AFF di stadium Shah Alam dilaporkan menangis di tempat duduk mereka ketika perbicaraan sedang berlangsung.

5 individu didakwa atas pertuduhan merusuh dan kesemua mereka mengaku tidak bersalah. Kelima2 tertuduh berusia di antara 19 hingga 34 tahun. Mereka2 yang tertuduh ialah ;

1. Mohd Aminuddin Hamdan berusia 34 tahun.
2. Noor Hadi Hamdan berusia 29 tahun.
3. Muhammad Naquiddin Sallehudin berusia 19 tahun.
4. Amirul Akma Noorazdhar berusia 22 tahun.
5. Zulhelmy Akmal Zainal berusia 28 tahun. 

FAM, TMJ dan Khairy Jamaluddin selaku menteri belia dan sukan juga mengeluarkan arahan bahawa hooligans (bertutup muka) akan dilarang memasuki stadium seluruh negara buat selama-lama2nya. Kelima2 tertuduh juga akan berdepan dengan larangan memasuki stadium bola sepak seluruh negara seumur hidup.
Sumber Sozcyili
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT 
Laaaa ... ingatkat jiwa kental keras tebal ... baru kena tuduh di mahkamah dah meleleh air mata tersedu-sedu?

 Apa punya keslah nak jadi samseng sukan macam ni ... Kalau dihukum masuk penjara mau menangis meraung  meronta-ronta. 

Ini baru kes dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda atau keduanya sekali.... belum kena tahan dibawah Ordinan Cegah Jenayah atau SOSMA lagi. 

Lain kali fikir berulang kali sebelum mau melakukan kesalahan jenayah.

comments:
Anonymous18 December 2014 at 14:20

 "Budak2 ni jadi macam tu sebab semangat cinta akan negara terlalu tinggi. Mereka tak sanggup melihat negara dimalukan waima dipersendakan oleh segelintir manusia yang menumpang mencari makan di bumi kita. 

Tentu ada sebab mengapa budak2 tu memukul penonton tersebut....dan demi sayang, cinta pada ibu pertiwi itulah mereka memukul penyokong pasukan luar itu......

" cuma mereka tak bijak.... 

tang bola sanggup masuk jail 

tang bola sanggup tinggal solat 

tang bola kepala jadi biol

 tang bola manusia boleh berubah jadi bukan manusia...

Posted by OMAK KAU!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena