Bila masa pulak puak-puak menjadi cerdik?
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR
Beliau memberitahu, pergerakan itu di Sabah dan Malaysia khususnya bekerja keras siang malam sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) untuk memujuk orang ramai memberi sokongan semula kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, katanya, ketika rakyat mula menerima UMNO dan BN hasil usaha gerakan sayap parti itu, ada segelintir pemimpin terutama dalam Kabinet mengeluarkan kenyataan yang dianggap oleh orang ramai sebagai tidak cerdik.
"Saya minta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak beri nasihat atau tegurlah pemimpin ini. Mereka inilah menyebabkan rakyat jauh hati dengan kita walaupun pada mulanya mereka sudah menerima UMNO dan BN.
"Bayangkan, ketika rakyat sudah menyokong kita, tiba-tiba ada pemimpin kata, kalau ayam mahal, jangan makan daging (ayam). Patutkah kenyataan seperti ini keluar dari mulut pemimpin? "Siapa patut dipersalahkan kalau rakyat tawar hati dan tidak lagi menyokong parti kita?
Bagaimana perasaan jentera parti yang bekerja siang malam memujuk mereka (rakyat), tetapi dengan hanya kenyataan seperti itu, semua kerja menjadi sia-sia?,” katanya.
Nazliah yang juga Penolong Bendahari Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkata, pemimpin seperti itu perlu mempunyai Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik atau sekurang-kurangnya penasihat yang bijak serta tahu menjiwai masalah rakyat, bukan bercakap mengikut kehendak hati.
Walaupun beliau tidak menyebut siapa, tetapi umum tahu gerangan pemimpin dan menteri berkenaan ketika rakyat berdepan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan. Kenyataan itu kemudian menjadi viral popular di pelbagai laman sosial. - MalaysiaGazette Posted by mountdweller
0 comments:
Post a Comment