Thursday, 4 December 2014

'Kerana UMNO' Dipenjara curi susu bayi, kicap, pensil,...Hmm, bantuan banjir pun DEPA sapu woi!

Jumaat, 5 Disember 2014
Kerana UMNO!
Photo: malaysiaku.....
malaysiaku.....

Photo: wahai saudara Nawal...kamu ini blajar tinggi jd Doktor...mn iman kamu yaaa....mn agama kamu??mentang2 UMNO perjuangkan bangsa...kamu lupa ya agama kamu...nauzubillah...salam maghrib...
wahai saudara Nawal...kamu ini blajar tinggi jd Doktor...mn iman kamu yaaa....mn agama kamu??mentang2 UMNO perjuangkan bangsa...kamu lupa ya agama kamu...nauzubillah...salam maghrib...

Photo: Kemana menghilang agaknya ya.. musim banjir pun dah bertemu musim banjir tapi yang dijanjikan hingga ke hari ini rupa pun tak nampak..

Mungkin kah kesemua 4,000 televisyen dan peti sejuk tu dah turut sama dihanyutkan banjir tahun lepas kot?
Kemana menghilang agaknya ya.. musim banjir pun dah bertemu musim banjir tapi yang dijanjikan hingga ke hari ini rupa pun tak nampak..

Mungkin kah kesemua 4,000 televisyen dan peti sejuk tu dah turut sama dihanyutkan banjir tahun lepas kot?

Bukan Saja Televisyen dan Peti Sejuk.. Bantuan RM1,750 Juga Tak Sampai Kepada Mangsa Banjir?


Hmm.. aku ingatkan hanya 4,000 Televisyen dan Peti Sejuk yang dijanjikan kepada mangsa banjir di Pahang tahun lalu saja tak sampai kepada mangsa banjir.. rupa-rupanya duit sumbanganpun hanyut jugak..

Televisyen dan Peti Sejuk tu mungkinlah dah dihanyutkan air banjir atau tersilap alamat untuk dihantar tapi duit sumbangan ni takkan hanyut dibawa air jugak kot?

Bukannya sikit duit sumbangan tu.. banyak jumlahnya.. AS$10 juta atau RM32.5 juta dari Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed al Nahyan pun dikatakan tak sampai ketangan mangsa..

Setiap mangsa banjir dijanjikan seornag RM1,000 dari sumbangan itu Kerajaan Negeri Pahang menjanjikan RM750.. jadi setiap mangsa banjir akan dapat RM1,750.

Tapi.. dah dekat satu tahun.. habukpun tak ada.. duit ke mana?.. Televisyen ke mana?.. Peti Sejuk mana?

Berbaik sangka.. kita anggaplah duit sumbangan itu juga telah dihantar ke alamat yang salah sama macam Televisyen dan Peti Sejuk tu..

Satu laporan SPRM telah dibuat mengenai perkara ini..

Adun PR lapor SPRM mangsa banjir belum dapat bantuan

KUANTAN: Dua Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam Parlimen Indera Mahkota hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kegagalan melunaskan janji bantuan banjir tahun lalu. 

Adun Beserah, Andansura Rabu dalam sidang medianya berkata, laporan tersebut adalah susulan kenyataan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin yang menyatakan kekesalan terdapat mangsa banjir yang masih belum menerima bantuan yang dijanjikan. 

“Pagi ini saya bersama Adun Semambu, Lee Chean Chung menghantar laporan dan memohon SPRM menyiasat kenapa sudah menjangkau setahun terdapat ramai mangsa banjir tahun lalu yang belum menerima bantuan dijanjikan. 

“Kami juga menggesa disiasat ke manakah melencongnya wang yang dijanjikan kerana terdapat dua bantuan sepatutnya. Pertama mangsa sepatutnya menerima sebanyak RM750 dari Kerajaan Negeri Pahang dan kedua RM1,000 dari pihak UAE,” katanya. 

Andan berkata, selain itu kerajaan negeri juga berjanji memberi peti ais dan televisyen kepada mangsa banjir namun ada mangsa yang dapat dan ramai yang belum menerimanya. 

Awal Disember tahun lalu kira-kira 30,000 mangsa banjir di Kuantan terpaksa berpindah dalam malapetaka paling buruk di daerah ini. 

Kelmarin Tengku Abdullah dalam satu sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persediaan banjir negeri Pahang di Kuantan, telah membidas tindakan pihak yang tidak menunaikan janji kepada mangsa banjir di Pahang walaupun kejadian banjir besar itu telah setahun berlalu, di mana 4,000 mangsa mendakwa belum menerima sumbangan yang dijanjikan.

Baginda turut meminta penjelasan segera daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut hadir di majlis taklimat berkenaan.

Sementara itu Andan berkata, beliau turut meminta mangsa-mangsa banjir tahun lalu dalam Dun Beserah yang belum menerima bantuan dijanjikan agar segera membuat laporan SPRM agar siasatan dapat dipercepatkan. 

Pada 24 Disember 2013, Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed al Nahyan mengarahkan supaya AS$10 juta (RM32.5 juta) diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Pahang. 

Sementara, pada 27 Jun lalu dilaporkan bantuan kepada mangsa banjir itu mula disalurkan kepada penerima terlibat.

Dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuantan itu, seramai 100 orang menjadi penerima pertama yang merupakan simbolik kepada bermulanya proses penyaluran bantuan berkenaan. - HARAKAHDAILY

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena