EKONOMI NEGARA DALAM KEKUCARAN TETAPI NAJIB TETAP NAK PERGI BERCUTI
Apa yang saya jangka sudah berlaku seperti Ekonomi negara merudum dibawah Najib, sedang berlaku. Ahli UMNO membelasah Najib juga sedang berlaku. Namun 'tuan yang punya badan' masih tak sedar-sedar.
Dalam ketidak-tentuan pasaran kemerosotan matawang, penurunan harga minyak yang menyebabkan 'return' kepada negara bertambah kurang serta harga minyak sawit merudum, sedikitpun tidak mengusarkan Najib,
Tangungjawap terbaik Najib hanyalah 'perlu pergi bercuti'. Apa nak jadi kat negara ini..itu belakang kira..yang penting..holiday! Walaupun sudah berbelas 'trip' keluar negara dilakukan, namun, cuti panjang adalah 'kemestian' buat Najib. Nampaknya apapun yang berlaku ataupun apa yang sedang terjadi, semua itu tak penting bagi Najib.
Walaupun ekonomi kita tengah bermasaalah., kemerosotan ini sememangnya tidak membebankan 'otak' Najib. Kepada rakyat Malaysia, inilah perangai Perdana Menteri negara ini. . Rakyat terkapai-kapai 'mengharung' kenaikan kos sara hidup, dia (PM) senang lenang bercuti anak-beranak.
Mungkin kehilangan MH370 dan pengeboman MH17, bukan, perkara besar untuk difikirkan oleh Najib lagi ataupun kemerosotan pasaran dan kehilangan 'punca pendapatan' juga bukan menjadi keutamaan beliau lagi, kemungkinan Najib berfikiran bahawa 'konglomerat' pimpinannya iaitu 1MDB boleh menggantikan Petronas mahuppun FGV untuk menampung 'kekurangan' pendapatan bagi negara ini walaupun syarikat 1MDB ini mencatat kerugian beratus juta (RM655 Juta) sedangkan 1MDB mempunyai nilai hutang hampir RM40billion.
Kata Najib ini bukan hutang negaara tetapi hutang syarikat walaupun semua tahu bahawa 1MDB adalah syarikat milik Kerajaan. Siapa tipu siapa..lu fikirlah sendiri...
Ikhlas daripada:- Cahaya Al Majid
0 comments:
Post a Comment