Gara-gara mem'bangang'kan Najib, sebuah Blog Pro UMNO kena 'Block'?
Beberapa buah Blog Pro UMNO hari ini melaporkan sebuah Blog Pro UMNO yang dikenali dengan nama Apanama.My telah digantung dipercayai kerana mem'bangang'kan Perdana Menteri ekoran dari di'bangang'kan oleh Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini..
Apanama dalam satu postingnya sebelum digantung telah mengkritik Najib dan mempersoalkan siapa sebenarnya yang bangang.
Berikut adalah antara apa yang ditulisnya..
Presiden Umno diperlihatkan sebagai hero kerana dikatakan mempertahankan Akta Hasutan, tetapi kita harus bertanya kenapa dan bagaimana Akta Hasutan 1948 menjadi satu beban dan isu yang begitu hangat?
Apa dan siapa punca sebenar sehingga NGO-NGO serta individu2 termasuk bekas Perdana Menteri, hakim-hakim, Ketua Hakim Negara serta bekas Ketua Polis Negara serta pemimpin masyarakat bangkit mendesak agar Kerajaan tidak memansuhkan Akta Hasutan?
Siapa sebenarnya yang bangang Datuk Seri?
Tapi.. bagi aku apa yang ditulis oleh Apanama tu tak adalah sekejam apa yang ditulis oleh sebuah lagi Blog Pro UMNO yang bernama Din Turtle ni..
Yang menghapuskan MECD, satu organisasi yang merupakan One Stop buat usahawan Melayu yang mahu bertapak itu bukankah BANGANG namanya ?
Yang Perasan pakai baju cantik lip lap depan orang kerana terpengaruh dengan pujian penasihat padahal sebenarnya dia bogel itu bukankah BANGANG?
Yang gatal hapuskan ISA kemudian gatal pi sebut berulangkali nak hapuskan Akta Hasutan pula ..... itu bukan BANGANG namanya ?
Yang kena kencing kawa-kaw sampai lenjun masa PRU13 dek orang cina tapi masih merangkak2 menagih simpati mereka juga itu bukan BANGANG?
Korang tambah la lagi ..... oya, saya tersenyum masa tulis ni..... serius ! sebab niat saya sekadar bergurau je hehehehe...
Issssh lupa lak - Yang kena queen control dan biarkan bini yang berkuasa disebalik tabir tu pun dipanggil BANGANG ke ?
Apanama cuma mempersoalkan cara Najib mentadbir negara tapi Din Turtle dia belasah habis sampai dalam kain Najib pun dia masuk sekali..
Tulis Blogger Pro UMNO yang melaporkan penggantungan Blog Apanama itu lagi, secara kebetulan atau tidak 'akaun' Apanama telah digantung. Blog Apanama adalah berdasarkan pada pelayan .my.
Ini menunjukkan budaya atau iklim menindas di negara ini semakin meningkat...
Posted by Anak Sungai Derhaka
0 comments:
Post a Comment