Monday, 1 December 2014

[Video] DBKL bergusti dengan peniaga! Sedangkan Pendatang Asing diberi "Kebebasan" menjalankan perniagaan mereka...

Selasa, 2 Disember 2014

Published on Sep 22, 2014
Kadang-Kadang Kita Terlalu Berundang2 Dengan Rakyat Sendiri; Sedangkan Pendatang Asing Diberi "Kebebasan" Menjalankan Perniagaan Mereka... Lihat Sahajalah Di Tepi2 Jalan, Uptown Dan Sebagainya Siapakah Peniaganya Jika Tidak Warga Asing... Inilah Realitinya!!! So Sad!!! ::.kikiki.::
Sedih dan kseian tgok akk ni apabila barang niaga minuman dia dirampas DBKL. Pikir sndrilah law tu trjdi pda fmly diorang nak ke dorang buat mcam tu? Benda ni dah selalu tgok dah, tapi ini yg paling kesian. .apa pendapat anda? SIla SHARE ~
[ADS] Nak kulit bersih dan putih? Klik sini http://on.fb.me/1kYWDRW

VIDEO: Anggota DBKL Dan Peniaga Gaduh Sampai Tercabut Tudung

BUKAN sekali dua kita dipertontonkan dengan video rakaman pergaduhan antara peniaga dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika operasi sita.
Jika dilihat dari sudut undang-undang, tindakan DBKL menyita peralatan perniagaan adalah bertujuan untuk menghalang aktiviti perniagaan tanpa lesen khususnya di kaki lima.
Bagaimanapun, untuk sesetengah situasi, pihak DBKL perlu lebih bertolak-ansur terhadap peniaga agar tidak berlaku sebarang kekecohan seperti dalam video ini.
Biarpun peniaga wanita ini dilihat agak emosional, mungkin pergaduhan tidak akan terjadi jika anggota penguatkuasa itu mengelak daripada menghalangnya secara fizikal termasuklah memegang tangannya.
Apa salahnya jika mereka membiarkan peniaga itu mengemas barang perniagaannya terlebih dahulu dan menjelaskan kesalahan yang dilakukannya dengan tenang?
Rasanya, kalau setakat orang Melayu kita nak jual air, tak perlulah sampai hendak menyita macam jual dadah pula.
Lagipun, kalau diikutkan, ramai lagi peniaga khususnya di kalangan warga asing yang berniaga pelbagai jenis barangan tanpa lesen di luar sana.
Itu belum dikira dengan perniagaan haram seperti judi, dan pusat hiburan yang kebanyakannya dipelopori oleh bangsa lain yang belum tentu sah lesennya.
Menerusi Forum Cari, kami menemui ‘screenshot’ yang dikatakan perbualan antara peniaga itu dengan rakannya:
komen peniaga
Apapun, ini tidak bermakna kami bersetuju jika peniaga sengaja tidak mahu mengambil lesen untuk berniaga kerana ia turut melibatkan faktor kesihatan dan keselamatan pelanggan.
Cuma DBKL harus bersifat adil dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka.
Semua orang tahu dan sedar pusat judi, nombor ekor haram, kedai urut yang lebih macam rumah pelacuran bersepah di sini sana dan nyata DBKL tidak bertindak.
Kalau ada tindakan pun, tak efektif dan bersifat melepaskan batuk di tangga semata-mata.
Kalau DBKL jujur dan semua pusat-pusat maksiat ditutup atau diserbu, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mempertikaikan tindakan DBKL dalam klip di bawah.
Ini rata-rata komen di fanpage Mynewshub mengutuk sikap berat sebelah DBKL.
Hakikatnya, persepsi masyarakat ialah jerung dilepaskan tetapi ikan bilis ditangkap.
Benda itu yang salah. Andai kalau jerung pun ditangkap, maka tidak ada sesiapa pun yang akan menyebelahi ikan bilis.
Sebab sikap penguatkuasa DBKL yang lemah inilah, kalau anda perasan, sudah beberapa operasi yang dilaksanakan secara bersepadu dengan pengedalian dibuat oleh pihak Kementerian Wilayah dan bukannya DBKL lagi.
Sejak bawah kementerian, barulah nampak sikit kekerapan dan kesungguhan dalam mengatasi gejala buruk yang membiak dalam masyarakat kita.
Kalau DBKL tak reti nak malu entah la… – Mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena