Tarikh rasmi pembayaran bonus kakitangan atau penjawat awam pada Januari 2015. Menerusi kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 30 Disember 2014, tarikh pembayaran bonus setengah bulan gaji minimum RM500 bersama gaji bulan Januari akan dibayar lebih awal iaitu pada 5 Januari 2015.
Bagaimanapun, Jabatan Akauntan Negara pada 4 Januari 2015 telah memaklumkan pembayaran bonus yang sepatutnya dibayar pada 5 Januari 2015 terpaksa ditunda kepada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak iaitu sebelum 22 Januari 2015. Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2015 telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500. Manakala pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

Pembayaran bonus penjawat awam 2015 yang sepatutnya dibayar pada 5 Januari 2015 telah ditunda kepada tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak. Menerusi kenyataan rasmi Jabatan Akauntan Negara, kelewatan pembayaran bonus penjawat awam tersebut disebabkan masalah teknikal.
Pekeliling Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2015 Ditunda
Surat yang bertarikh 4 Januari 2015 menyebut mengenai tarikh pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahunan 2014 yang sepatutnya dibayar pada 5 Januari 2015 telah ditunda kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Pengumuman Media Bonus Kakitangan Awam 2015 Ditunda
Sila Rujuk: Jadual Dan Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2015
Nota: Perubahan tarikh gaji bulan januari 2015 tertakhluk kepada sebarang pindaan takwim gaji kakitangan awam 2015.
Sumber: Tarikh Rasmi Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2015 | melvister.com
Bila Bapa ke Pasar...
*kami makan tidak bermewah-mewahan.
Hari ni tengok harga ketam nipah dalam lingkungan mampu beli.Lagi pun dah lama tak makan ketam nipah. Ketam laut saya kurang gemar sebab kebanyakan ketam frozen yang di import dari negara jiran. Bila makan ketam laut cepatlah gatal tapak tangan dan tumit kaki.
Memang elegik dengan ketam laut dari dulu lagi. Kalau saya pergi ke rumah kakak di Kuantan Pahang ketam nipah yang saya akan cari sebabnya rasa isi memang manis dan segar, lagipun soal harga memang murah sebab terus beli dari penjual ketam. Mereka mencari ketam setiap hari untuk dijual kepada peraih dari Kuala Lumpur.
Tetapi ketam yang mereka jual murah hanya ketam bersaiz kecil, ketam bersaiz besar dah di tempah oleh peraih. Mungkin sebab tu mereka boleh jual murah. Kebanyakan peraih mereka tidak berminat ketam yang bersaiz kecil. Ketam yang bersaiz besar boleh dijual dengan harga yang mahal.
0 comments:
Post a Comment