Saturday, 3 January 2015

PKR desak Zahid perjelas peranan Ketua Judi dalam ‘keselamatan negara’...

Ahad, 4 Januari 2015
Status berat buat zahid hamidi...!!!
KENYATAAN MEDIA

Kongsi Gelap: Tiga Soalan Untuk DS Zahid Hamidi

Seperti ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita bertajuk “Accused gambling kingpin Paul Phua 'assisting Malaysia on matters of national security’” yang disiar South China Morning Post pada 31 Disember 2014 (http://m.scmp.com/…/gambling-kingpin-paul-phua-accused-maki…).

Dalam laporan berita ini, South China Morning Post telah mendedahkan bahawa DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah secara rahsia menulis sepucuk surat (http://www.scmp.com/…/files/u…/2014/12/30/malaysialetter.pdf)  kepada pihak FBI Amerika Syarikat menafikan bahawa Paul Phua Wei-seng adalah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Sesiapa yang membaca laporan tersebut akan tahu bahawa Paul Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan suatu operasi perjudian di Caesar’s Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014. Beliau sebelum ini pernah ditahan di dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Paling memeranjatkan adalah kenyataan DS Zahid di dalam surat kepada FBI yang berkata bahawa Paul Phua telah “beberapa kali membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara”.

Di sini saya ingin mengajukan tiga soalan untuk DS Zahid:


1) Adakah surat yang disiarkan South China Morning Post itu sahih dan benar?

2) Memandangkan perwatakan dan sejarah Paul Phua yang pernah ditangkap dan diusir dari Macau kerana aktiviti perjudian, apakah “projek-projek berkaitan keselamatan negara” yang dimaksudkan oleh DS Zahid ini? Mengapakah beliau dilibatkan? dan

3) Mengapakah DS Zahid sanggup mempertahan seorang seperti Paul Phua yang jelas terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi diam seribu bahasa apabila Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas Dr Yusuf Al-Qaradawi, seorang ulama’ muktabar yang disanjung tinggi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia malah Tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf Kerajaan Malaysia?

Saya harap DS Zahid akan dapat memberikan penjelasan kepada soalan-soalan di atas, demi meleraikan keresahan di kalangan rakyat tentang isu ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN merangkap Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN
3 Januari 2015

Zahid Hamidi Didakwa Tulis Surat Rahsia Kepada FBI Pertahan Ketua Judi Malaysia


PKR desak Zahid perjelas peranan ketua judi dalam ‘keselamatan negara’


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didesak beri penjelasan mengenai peranan ahli judi profesional dalam membantu Putrajaya berkaitan projek keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.

Kementerian Dalam Negeri mesti menjelaskan peranan yang dimainkan ahli judi profesional Paul Phua Wei Seng dalam membantu Putrajaya berhubung projek berkait keselamatan negara, kata seorang pemimpin PKR hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berterus-terang mengenai perkara itu dan memberi penjelasan bagaimana dan mengapa Phua terlibat dalam projek seperti itu.

Beliau juga bertanya sama ada surat yang dikatakan ditulis Zahid, mempertahankan Phua, kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sahih dan benar.

Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan operasi perjudian di Caesar’s Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014. 

Beliau sebelum ini pernah ditahan dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post (SCMP) mendedahkan, Zahid secara rahsia menulis sepucuk surat kepada FBI menafikan Phua ialah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Dalam surat yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano, Zahid berkata Phua “beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam projek berkaitan keselamatan negara”.

"Seperti ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita itu," kata Zahid dalam satu kenyatan hari ini.

Fahmi juga bertanya mengapa Zahid sanggup mempertahan seseorang seperti Phua yang jelas terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi diam seribu bahasa apabila Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas tokoh ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi.

"Sedangkan Al-Qaradawi seorang ulama muktabar yang disanjung tinggi, presiden Persatuan Ulama Sedunia malah Tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf kerajaan Malaysia,” katanya.

Pasukan pembela Phua dilaporkan sudah menyerahkan surat Zahid, yang dilabel “sulit dan rahsia”, kepada Mahkamah Daerah Las Vegas di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Peguam Phua, sejak penahanannya pada Julai, dengan konsisten menafikan tuduhan yang anak guam mereka ada kaitan dengan kongsi gelap Hong Kong.

Dalam surat itu, Zahid dikatakan tidak menjelaskan bentuk keselamatan negara yang dibantu Phua dan pejabatnya juga tidak dapat dihubungi bagi mendapat sebarang komen, lapor SCMP.

Phua, 50, dan anaknya, dituduh menjalankan operasi perjudian haram dari Hotel Caesar’s Palace di Las Vegas ketika Piala Dunia di Brazil, Julai tahun lepas. – 3 Januari, 2015.

COPY PASTE SEPENUHNYA DARI TMI/BLM
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena