Sunday, 4 January 2015

[Video] MB Kelantan: Banjir bukan akibat pembalakan...Pilu mendengar rayuan mangsa yang terperangkap...

Ahad, 4 Januari 2015

MB Kelantan: Banjir bukan akibat pembalakan

Kerajaan Kelantan menafikan banjir besar yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada kegiatan pembalakan yang tidak terkawal di Hulu Kelantan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata sebaliknya ia disebabkan hujan lebat yang berterusan di Gua Musang pada 21 hingga 23 Dis lalu.
"Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

"Apa yang berlaku hujan lebat selama tiga hari itu telah mencatatkan taburan hujan yang tertinggi iaitu 1,295mm yang bersamaan bagi taburan hujan selama 64 hari," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Ahmad berkata tuduhan itu disifatkan sebagai ujian yang begitu berat kepada kerajaan dan rakyat negeri ini.

"Ini adalah kekuasaan Allah Taala yang telah menurunkan hujan pada kadar yang amat banyak dalam jangka waktu yang amat singkat.
"Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri ini agar menginsafi isyarat daripada Allah ini," katanya.

Beliau berkata dalam fasa banjir ini semua pihak perlu membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa banjir yang kehilangan rumah dan keperluan asas mereka.
- Bernama

KENAPA berita2 sebegini di negeri2 BN TAK MAHU DISIARKAN di TV3suku, TV1 & TV2 mahupun media massa UMNO untuk tatapan rakyat ???

Adakah TV3suku, TV1 & TV2 hanya memaparkan keburukan negeri2 PR semata-mata ?

" INI BUKAN BERITA PALSU. INI BETUL-BETUL, JANGAN HANYA INGAT BERLAKU DI KELANTAN "



TIKAQ BULOH     1:43 PM     0

Macai-macai burukkan Kelantan dengan isu balak, negeri lain akan terpalit sama. Suatu ketika dahulu macai juga pernah burukkan Tuan Guru Nik Aziz hirup kuah, Najib pun terbaru hirup kuah semasa melawat mangsa banjir di Kelantan.

Korang jangan ingat kes pembalakan haram hanya berlaku di Kelantan. Pahang, Sarawak, Terengganu, Kedah pun ada, cuma kawasan terlibat besar atau pun tidak. Jadi jangan jadi bodoh sebarkan isu pembalakan haram hanya di Kelantan sedangkan negeri-negeri UMNO yang lain pun sama keadaannya.

Bezanya Kelantan ditadbir oleh PAS, itu pasal akhbar-akhbar yang dibutakan mata dengan wang dan kemewahan dunia tidak nampak pembalakan haram di negeri-negeri lain. Sebab apa?, sebab akhbar di Malaysia kebanyakannya sudah dikuasai oleh UMNO BN, ini hakikat bukannya omong kosong.

Entah kenapa MStar boleh siarkan berita dibawah, hutan berkeluasan Cycberjaya korang ingat kecik kah??, buka mata sikit wahai macai-macai UMNO, mainkan isu balak dalam isu banjir di Kelantan hanya perbuatan bodoh. Banyak benda lagi di Kelantan yang patut kita pertahan atau timbulkan isu. Isu royalti minyak yang sepatutnya Kelantan dapat tidak ada langsung nak pertahan. Lihat dua Gambar di bawah yang menunjukkan keadaan pembalakan haram di dua negeri kuat UMNO. Sabah dan juga Pahang.



KUALA ROMPIN: Sebuah kawasan hutan di Pahang sebesar keluasan Cyberjaya sedang ditarah berkemungkinan untuk dijadikan ladang tanaman getah.

Kira-kira 300 hektar tanah di hutan simpan Lesong sedang dibersihkan dengan sejumlah besar kayu balak dibawa keluar dari hutan itu setiap hari.

Jabatan Perhutanan negeri Pahang mempertahankan tindakan itu sebagai sah di sisi undang-undang dengan berkata, kegiatan itu diluluskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Malah menurut jabatan itu, kegiatan tersebut hanya menjejaskan kawasan yang dikenali sebagai 'hutan kedua'.

Walaupun kerajaan negeri mempunyai hak untuk berbuat demikian, Pencinta Alam Sekitar menyifatkan tindakan tersebut boleh memberi kesan buruk kepada hidupan liar di negara ini.

Dalam dua tinjauan berasingan ke Hutan Simpan Lesong pada pertengahan Julai lalu, The Star mendapati terdapat kesan kegiatan pembalakan di lebih 20 kawasan di sekitar hutan tersebut.

Keseluruhan kawasan berbukit sudah dibersihkan dengan beberapa laluan jalan diwujudkan untuk memudahkan pergerakan kenderaan.

Kawasan di hutan simpan itu dapat dilihat hanya satu atau dua kilometer dari ladang kelapa sawit dengan pokok ditebang dan dedaun berselerakan  tidak jauh dari papan tanda kerajaan negeri yang melarang aktiviti pembalakan.

Beberapa trak dilihat berada di tengah hutan itu untuk membawa keluar kayu balak yang telah ditebang.

Papan tanda larangan aktiviti pembalakan juga dapat dilihat di kebanyakan kawasan di hutan itu.

Beberapa kem pembalakan, lengkap dengan jentera berkuasa tinggi dan pekerja asing dihubungkan dengan jalan yang memudahkan pergerakan keluar masuk trak tersebut.

Walaupun tiada hidupan liar dikesan di kawasan tersebut, kesan tapak kaki gajah dapat dilihat di beberapa laluan jalan di sini.

Beberapa pembalak merasa curiga dengan kehadiran The Star dan memberi amaran kepada kami supaya tidak mengambil gambar tetapi mereka tidak menganggu tugasan ini.

Kebanyakan kayu balak bersaiz besar dikumpul dan kemudiannya dibawa menaiki trak ke kawasan timur di hutan tersebut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari sini.

Di salah satu kawasan, beratus-ratus kayu balak sedia untuk diangkut.

Aliran air di sebatang sungai juga tersekat disebabkan longgakan sampah yang dipercayai dibuang oleh pembalak di kawasan itu.

Ketika kami meneliti keseluruhan kawasan hutan itu, kami mendapat beberapa bahagian hutan terbabit telah diterokai beberapa tahun sebelum ini berdasarkan keadaan semak setinggi beberapa meter.

Seorang penduduk orang asli yang hanya ingin dikenali sebagai Juba berkata pembalak sering dilihat berada di hutan tersebut sejak beberapa tahun lalu tetapi kegiatan pembalakan giat dijalankan sejak awal tahun ini.

Katanya, pembalak menjalankan aktiviti tersebut hampir setiap hari sejak dari awal tahu ini.

Menurut Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCAP), Hutan Simpan Lesong berada di bawah Kompleks Taman Negara Endau-Rompin, salah satu daripada tiga kawasan teras habitat harimau dikenal pasti di Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perhutanan negeri Pahang berkata, sebanyak 50 hingga 116 meter padu kayu balak disasarkan bagi setiap hektar tanah.

Penyelidik hutan, Lim Teck Wyn memberitahu The Star bahawa kegiatan pembalakan pada umumnya bernilai RM1,000 bagi setiap meter padu.


Walaupun pada suatu anggaran konservatif, jumlah kayu balak dari tanah berkeluasan 3,000 hektar mampu mencecah nilai RM150 juta. M Star

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena