Tuesday, 24 February 2015

Rakaman audio usaha jahat lagakan pimpinan Pas...

Selasa, 24 Fenruari 2015

Rakaman audio usaha jahat lagakan pimpinan
Penyebaran rakaman audio yang didakwa ucapan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu bagi menjatuhkan kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan usaha jahat untuk mengeruhkan hubungan antara pimpinan tertinggi parti itu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau telah mendengar rakaman berkenaan dan pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya dilihat berniat melaga-lagakan serta menjatuhkan pimpinan tertentu.

Menurut Khalid, beliau tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan rakaman berkenaan dan sejauh mana kebenaran rakaman berkenaan juga tidak dapat dipastikan.

“Saya tak tahu tetapi setakat ini rakaman berkenaan baru menunjukkan bahagian satu dan mungkin kena tunggu semua keluar baru boleh faham,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, beliau tidak mengetahui wujudnya sebarang komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi tetapi ketidakpuasan hati dengan Presiden atas isu-isu tertentu sememangnya ada.

Jelasnya, perkara berkenaan bukanlah sesuatu isu yang besar malahan merupakan perkara biasa.

“Namun begitu, UMNO sememangnya mahu PAS bersatu dengan mereka untuk selamatkan parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Sehubungan itu, orang-orang yang kuat menyokong Pakatan Rakyat perlu disingkir,” ujarnya.

Semalam, satu rakaman audio berdurasi lebih dua minit yang didakwa ucapan Mat Sabu bagi menjatuhkan Abdul Hadi tersebar.

Rakaman itu didakwa memuatkan suara Mat Sabu sedang memberi taklimat untuk mengadakan serangan balas selepas serangan demi serangan dilakukan ke atas Presiden PAS itu.

Rakaman tersebut turut memuatkan transkrip penuh kepada perbualan berkenaan yang mana Mat Sabu turut dikatakan telah bertemu dengan beberapa pimpinan PAS di Tanjong Karang dan Sungai Besar berkenaan krisis Menteri Besar Selangor. - TRPost

1 comments:

Unknown said...

Dimana ada syiah disitu ada perpecahan takan pas tak nampak lagi .lembu betul .he he

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena