Mat Sabu ketuai jentera PAS di Permatang Pauh
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengetuai jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.
Manakala Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengetuai jentera PRK Rompin 5 Mei, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Ditanya sama ada PAS akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Permatang Pauh, Mohamad (kanan) menjawab:
“Siapa sahaja calon dalam PRK kita akan bantu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.
Katanya lagi, beliau yakin PKR akan memenangi di Permatang Pauh dan akan berusaha untuk menambah jumlah majoriti.
Mohamad menambah, PAS negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan sebahagian Kelantan akan membantunya berkempen di Permatang Pauh.
Sementara itu, Tuan Ibrahim (kiri) pula berkata PAS sudah memulakan kempen di Rompin dan akan dibantu PAS negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan dan sebahagian negeri Kelantan.
Katanya, walaupun PAS kalah dengan majoriti kira-kira 15,000 undi pada PRU lalu, pihaknya tetap akan bertanding, sekurang-kurangnya bagi menyedarkan rakyat mengenai isu-isu semasa.
“Ya, mungkin orang lihat majoriti 15,000 ni terlalu sukar, dalam PRK tidak ada benda yang mustahil.
“Kita hadapi pilihan raya bukan sebab (mahu) menang (saja) tapi soal rakyat, (mereka) perlu dapat penjelasan isu semasa yang berlaku.
“Pilihan raya kecil ini peluang terbaik untuk rakyat perlu lebih terbuka soal isu demokrasi,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:
Post a Comment