Saturday, 11 April 2015

Sukma 2008 Slogan “Sukan Gemilang, Selangor Terbilang”...menyerupai slogan “Umno Cemerlang, Gemilang, Terbilang”. Tak pe pun?

Ahad, 12 April 2015

Istana Selangor Terkedu Dengan Kenyataan Azmin?


Istana Selangor Terkedu Dengan Kenyataan Azmin? Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyerahkan amanah meneliti teguran Istana Selangor berkaitan slogan kontinjen Selangor dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) kepada Exco Pembangunan Sukan Amirudin Shaari.

"Saya sudah minta Amir panggil persatuan sukan dan berbincang (tentang perkara ini)," katanya kepada wartawan di Shah Alam, tengah hari ini.

Kenyataan itu dibuat Azmin sewaktu diminta mengulas teguran Sultan Sharafuddin Idris Shah malam tadi yang bertitah, slogan itu akan menimbulkan tanggapan Selangor "mencampur aduk dan berpolitik dalam sukan".

Sultan Selangor itu berkata, badan sukan, atlet dan penyokong perlu memastikan fahaman politik dan unsur perkauman tidak mencemarkan semangat kesukanan.

Slogan “Kita Lawan” digunakan Pakatan Rakyat (PR) dalam kempen bagi membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima tahun atas kesalahan liwat.

Amirudin dalam reaksi segeranya semalam akur dengan titah itu dan bersetuju menukarnya.

Reaksi itu bagaimana pun berbeza dengan kesungguhan Amirudin mempertahankan slogan tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 3 April lalu.

Istana Selangor Terkedu Dengan Kenyataan Azmin?

Tegasnya pada 2008, beliau sendiri mengetuai kontinjen Selangor di bawah PR dengan menggunakan slogan “Sukan Gemilang, Selangor Terbilang”.

Slogan itu hampir menyerupai slogan “Umno Cemerlang, Gemilang, Terbilang”.

Tambahnya lagi, kejohanan Sukma ke-18 di Sarawak itu juga hanya akan berlangsung pada tahun hadapan dan tiada kaitan secara langsung dengan peristiwa politik.

Sementara itu, Azmin turut memaklumkan yang kerajaan negeri sedang menunggu jawapan kerajaan persekutuan berkenaan permohonan mereka untuk berjumpa dan membincangkan semula isu penstrukturan air Selangor.

"Saya menulis kepada yang berhormat menteri memohon satu pertemuan diadakan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena