Sunday, 5 April 2015

[Video] Penindasan GST terhadap kita semua...lobster tak kena, 'maggi' kena? HIMPUNAN #KitaLawanGST

Ahad, 5 April 2015

Maggi kena GST



GST...ohhh...!!!
Lobster tak kena GST
Udang Lobster Papua
HIMPUNAN #KitaLawanGST PADA 1 MEI 2015

Keutuhan gabungan anak muda Kita Lawan yang terdiri daripada parti politik, kumpulan masyarakat sivil, NGO, mahasiswa, pekerja dan profesional muda telah membuktikan bahawa rakyat tidak perlu tunduk kepada kezaliman.

Walaupun sejak pemenjaraan Anwar Ibrahim terdapat lebih daripada 120 tangkapan ahli politik, ahli akademik, peguam, aktivis, wartawan dan seumpamanya, anak muda tidak gentar malah tangkapan sedemikian dan salah guna kuasa oleh IGP menunjukkan bahawa perjuangan anak muda berada di landasan yang betul.

Pelbagai pendedahan mengenai kerakusan pentadbiran Najib Razak seperti 1MDB, jet peribadi dan skandal-skandal ketirisan juga menjadi bukti bahawa beliau gagal memperjuangkan kebajikan rakyat.

Lebih malang apabila orang disekeliling beliau lebih risaukan tentang kedudukan dan harta yang menjadikan mereka begitu lemah dan longlai sedangkan kesengsaraan rakyat langsung tidak dihiraukan.

Kerana itu, anak muda tampil ke hadapan untuk memberikan inspirasi dan harapan kepada rakyat bahawa keadaan ini perlu diubah dan boleh diubah.

Hari ini bermulalah pelaksanaan cukai GST. Mereka yang sebelum ini tidak membayar cukai pendapatan kerana gaji tidak cukup mahupun mereka yang sebelum ini tidak bekerja seperti mahasiswa, pelajar dan pesara kini berdepan dengan tekanan cukai.

Malah rakyat biasa terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup yang melampau sedangkan pemimpin negara terus bermewahan dan rakus menghabiskan kekayaan negara.

Namun, keluhan dan rungutan rakyat tidak mencukupi. Kezaliman mereka perlu kita lawan.

Oleh yang demikian, sekretariat #KitaLawan mengajak semua untuk bersama-sama turun ke Kuala Lumpur pada 1 Mei 2015 untuk Himpunan #KitaLawanGST.

Yang pasti bulan April ini akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia mengenai penindasan GST terhadap kita semua. Tempoh sebulan ini juga anak muda akan memberi suntikan semangat dan keberanian untuk kita semua bangkit menentang kezaliman mereka. Anak muda sedia menghadapi tekanan dan risiko. Anak muda tidak gentar, kita lawan demi kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Lagi ditekan, lagi Kita Lawan!

#KitaLawanGST #Himpunan1Mei
SEKRETARIAT KITA LAWAN

www.facebook.com/KitaLawanOfficial
Kita bangkit Kita Lawan kezaliman ini!

Ayuh sebarkan seluas-seluasnya!!

#Himpunan1Mei #BatalGST

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena