Monday, 13 April 2015

[Video] Polis akan siasat dakwaan Mahathir secara 'senyap-senyap'? "Kami harus ingat bahawa Mahathir sangat...", kata Wan Junaidi

Isnin, 13 April 2015

Polis mungkin siasat dakwaan Dr M diam-diam

Sebarang siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad susulan dakwaannya, mungkin disiasat diam-diam sebagai tanda hormat kepada perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu, kata timbalan menteri dalam negeri.

Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar diminta menjelaskan hasil siasatan polis terhadap Mahathir, susulan laporan polis terhadapnya selepas membangkitkan pelbagai perkara yang mengkritik Datuk Seri Najib Razak.

Wan Junaidi berkata pihak polis bertanggungjawab menyiasat semua laporan tetapi tidak mengheboh-hebohkannya.

“Kami harus ingat bahawa Mahathir sangat [...] perdana menteri yang lama. Kita mesti hormat beliau.

“Malah jika sebarang siasatan dibuat berdasarkan laporan diambil, saya pasti ia dibuat secara diam-diam untuk menunjukkan rasa hormat.

“Tetapi sudah tentu pihak polis akan lakukan apa yang perlu, Tiada sesiapa terkecuali, tiada sesiapa mengatasi undang-undang,” kata Wan Judaidi kepada pemberita.

Polis pada 10 April berjanji untuk meneliti laporan polis ke atas Mahathir berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebelum ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Mahathir dan merancang melakukannya di seluruh negara.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena