Saturday 11 July 2015

Dua pengarah 1MDB meletak jawatan..."Marah apabila tuntutan wang AS$700 juta diserah semula, diabaikan"

Sabyu, 10 Julai 2015

Bank Negara M'sia cuba tutup pembohongan #1MDB ???.. Betul ka ???!!!

Kenapa semenjak2 ini Tun M begitu takut sekali jika Najib masih berdegil tak mahu lpskan jawatan PM atau berehat sementara siasatan 1MDB dijalankan ???

Adakah beliau akan tahu jika Najib degil gak ia akan bawa musibah & malapetaka kpd UMNO/BN pada PRU14 kelak ???

ANDA SENDIRI TAHU BUKAN....


Dua orang atasan 1MDB letak jawatan


Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena