Corat Coret pergerakan & perjalanan NAJIB & MUHYIDDIN 2,3 hari ini..!!
Hanya satu hari boleh ubah segala-galanya
Hanya dalam satu hari boleh mengubah segala-galanya dalam kehidupan - dan begitu juga yang mungkin boleh dikatakan mengenai dua pemimpin tertinggi negara ini.
Pada petang Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.
Abdullah menyambut kedua-duanya dan mereka berbual sambil melemparkan senyuman kepada tetamu lain. Muhyiddin beredar agak sedikit awal, dan Najib dan semua tetamu VVIP yang lainmembisu apabila ditanya mengenai kemelut 1MDB.
Bagaimanapun adik Najib, Datuk Nazir Abdul Razak yang turut hadir di majlis itu, memberitahu pemberita bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan menggantung dua penerbitan The Edge Media Group.
Kemudian pada malam itu, Muhyiddin memberi ucapan lantang yang menjadi virus di YouTube, media sosial, dan dalam laporan oleh media yang tiada kaitan dengan Umno pada hari berikutnya.
Muhyiddin dalam ucapannya merungut berhubung pengendalian Najib terhadap kemelut IMDB, termasuk bagaimana dia ditegur oleh seorang menteri kabinet kerana membaca laporan The Edge Financial Daily mengenai perkara itu.
Malam tadi, Nazir menjadi tuan rumah terbuka Aidilfitri, di mana kedua-duanya - Najib dan - turut hadir. Di sini, persekitarannya dan suasananya sama sekali berbeza daripada hari sebelumnya.
Najib dan Muhyiddin tiba kira-kira pada masa yang sama, sekitar jam 8.30 malam dan disambut dengan mesranya oleh Nazir ketika mereka menunggu ketibaan tetamu kehormat, Sulatan Perak Sultan Nazrin Shah.
Kedua-dua pemimpin itu dilihat berjabat tangan dan tersenyum menghadap kamera.
Najib meninggalkan majlis itu sekitar jam 9.15 malam ketika para tetamu lain bergaul dan berbual sesama mereka, termasuk Muhyiddin yang dilihat bersama Ahli Parlimen DAP Tony Pua - yang juga salah seorang pengkritik kuat 1MDB.
Muhyiddin meluangkan masa kira-kira satu jam berbual dengan Sultan Perak dan tetamu lain manakala kakitangan media berlegar di tempat rumah terbuka itu, di sebuah dewan di Hilton Hotel.
Rombakan kabinet, tidak lama lagi?
Dan semua ini berlangsung di tengah-tengah spekulasi mengenai rombakan kabinet "tidak lama lagi".
Malah, sejurus selepas tengah malam, Utusan Malaysia Online menerbitkan laporan spekulasi bahawa Najib telah menghadap Yang di-Pertuan Agong mengenai pelan rombakan kabinet beliau.
Laporan itu juga berkata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menggantikan Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai menteri komunikasi dan multimedia yang baru.
Laporan Utusan Online seterusnya menyatakan bahawa rombakan kabinet mungkin diumumkan petang ini.
1 comments:
Lagi certa panas terbaru ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
Post a Comment