Tuesday 14 July 2015

'Durian Bakor'...Alahaiii nama Najib lagi! Skandal rasuah cetak wang kertas polimer pulak?

Rabu, 15 Julai 2015
Durian bakar..

'Sewel'

Image result for najib undur lah

Ada kah ianya satu kesalahan jenayah dan kita semua boleh disumbat kedalam jel dan tidur dalam lokap jika kita minta Najib letak jawatan dan berundur hanya kerana dia sudah terlalu lemah untuk memimpin negara dan memimpin kita semua?

Jika ianya menjadi satu kesalahan jenayah hanya kerana rakyat tidak puas hati lalu bersuara dan menjerit-jerit mengkritik kepimpinan negara serta wakil-wakil (rakyat) yang mereka pilih dalam pilihanraya, rasa-rasanya tak perlu lah ada parlimen dan tak perlu juga pilihanraya.

Bila dia dikatakan telah merembat harta negara (wang negara) yang bukan sikit,dan memasukan nya kedalam akaun peribadi dia, tak kan lah kita hanya nak duduk diam dan perhatikan saja segala tindak tanduk dia sambil tersenyum dan berkata..."biar lah dekat dia.."?

dollah yankee -
Ketuk lah kepala sendiri dan pikir-pikir lah ...

Alahaiii nama Najib lagi!!.. Kali ni dikaitkan dengan skandal rasuah cetak wang kertas polimer oleh Sydney Morning Herald pula..




Belum pun reda isu pendedahan Wall Street Journal dari AS mengenai Najib dan 1MDB, kini timbul pula isu rasuah mencetak wang polimer yang juga mengaitkan nama Najib.

Kali ini pendedahan dilakukan oleh sebuah media dari Australia, Sydney Morning Herald pula.. Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan permintaan Canberra untuk mendapatkan maklumat dari Putrajaya membabitkan dua firma Bank Rezab Australia, tidak dilayan.

Harian itu mendakwa pegawai-pegawai kanan kerajaan Australia maklum akan maklumat risikan yang mengaitkan individu dalam pentadbiran Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kes itu.

Malaysia, kata laporan itu, tidak mempedulikan permohonan bantuan rasmi dari Jabatan Peguam Negara Komanwel untuk memberikan maklumat yang disifatkan sensitif, berkenaan urus niaga kewangan sekumpulan orang tengah.

Kes ini mencetuskan pendakwaan terhadap beberapa ahli perniagaan Australia yang bekerja dengan Percetakan Wang dan Matawang Keselamatan Australia, laporan SMH dipetik.

Menurut laporan itu, pegawai Malaysia didakwa disogok dua syarikat itu bagi memperolehi kontrak menukar wang kertas kepada polimer di antara tahun 1999 sehingga 2009.

Sebahagian daripada orang tengah yang korup itu dikatakan rapat dengan pejabat Najib dan Abdullah, laporan itu menambah.

Menurut SMH, wakil perundangan Najib menolak dakwaan itu dan mengancam mereka dengan tindakan undang-undang...
Posted by Anak Sungai Derhaka 
Panas: Cetak wang palsu Najib terbabit ke? Kenapa halang Australia

Putrajaya didakwa “menghalang” permintaan kerajaan Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pendahulunya Tun  Abdullah Ahmad Badawi.
https://lh3.googleusercontent.com/RCmyhK1MjcsSSoi6Ax3zESKXfDaAGUfFQnjzQDoACzAgr5T1XhliAxfZo4kYmEI2j2Y8dZX2Y0MLafDwHXeX=s0
Laporan Fairfax Media yang disiarkan dalamSydney Morning Heralditu mendakwa kerajaan Malaysia tidak endah pada permintaan bantuan bersama rasmi dariapda Jabatan Peguam Negara Commonwealth.

Permohonan itu, dakwa laporan itu, untuk menyerahkan maklumat sensitif berkaitan urus niaga kewangan kumpulan orang tengah Malaysia dalam kes rasuah penting di Australia.

Laporan itu menyebut bahawa Fairfax Media mendedahkan bahawa skandal itu sensitif di Malaysia kerana orang tengah disyaki terlibat dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam pejabat Najib dan Abdullah.

Dakwaan itu berkaitan cetakan wang kertas polimer yang dikeluarkan oleh firma Australian Reserve Bank.

1 comments:

Unknown said...

Barang siapa yang undi UMNO ,berarti dia bersekongkol..sahamnya sama dgn perlaku itu sendiri tidak kurang atau lebih sama banyak...pikirlah sikit......

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena