Saturday 11 July 2015

Hancur! Perlantikan AJK Badan Perhubungan PAS Melaka Tidak Sah dan Tidak Ikut Perlembagaan

Jumaat, 10 Julai 2015

PANAS | Perlantikan AJK Badan Perhubungan PAS Melaka Tidak Sah dan Tidak Ikut Perlembagaan

PAS kawasan Bukit Katil mempertikaikan pengumuman lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungan PAS negeri atas alasan ia tidak memenuhi syarat yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Yang Dipertua (YDP) Mohd Sofi Abdul Wahab mendakwa, beliau tidak dipanggil pesuruhjaya PAS negeri bagi menghadiri mesyuarat pertama membincangkan pelantikan AJK seperti termaktub dalam Fasal 40 ceraian 5 perlembagaan parti.

"Saya sebagai YDP PAS kawasan Bukit Katil ingin menegaskan, pelantikan AJK Badan Perhubungan Negeri Melaka yang disiarkan dalam media beberapa hari lepas tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti sendiri.


"Untuk makluman, sehingga kini saya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Bukit Katil dan setiausaha PAS kawasan Bukit Katil tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat perhubungan negeri sebelum ini.

"Sepatutnya pesuruhjaya PAS negeri mesti memanggil mesyuarat pertama perhubungan dengan kehadiran semua YDP dan setiausaha PAS kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan bagi membincangkan pelantikan AJK seperti dalam fasal 40 tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau ada menghubungi pesuruhjaya PAS negeri bagi membincangkan perkara itu tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan mengenainya.

"Apa yang menghairankan, bagaimana pesuruhjaya PAS negeri boleh membelakangkan YDP PAS Kawasan, ketua Dewan dan setiausaha masing-masing dalam hal pelantikan ini.

"Saya menghubungi beliau beberapa hari lalu dengan menyatakan isu ini, tetapi sehingga hari ini beliau tidak membuat sebarang tindakan menyelesaikannya," katanya.

Justeru, Sofi menggesa agar pelantikan itu ditarik balik.
"Saya mencadangkan kepada pesuruhjaya PAS Melaka supaya menarik balik kenyataan akhbar tentang pelantikan tersebut serta memohon maaf kepada semua YDP dan setiausaha kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan yang dibelakangkan," katanya. – 11 Julai, 2015.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena