Tuesday 14 July 2015

Pas perlu segera undur dari Selangor, P Pinang...Maksudnya 'keluar dari kerajaan negeri'.

Selasa, 14 Julai 2015
Pas perlu segera undur dari Selangor, P Pinang
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Pas perlu segera membuat keputusan untuk berundur daripada Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, demikian tegas Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kedudukan parti itu susulan keputusan Majlis Syura Ulama memuktamadkan untuk memutuskan kerjasamanya dengan DAP.

Menurutnya, maksud sebenar berundur bukanlah meletak jawatan sebaliknya keluar dari kerajaan negeri.

“Saya desak parti (Pas) buat keputusan untuk berundur.

“Sekiranya tidak berbuat demikian, masyarakat akan melihat Pas sebagai hipokrit,” katanya.

Sebaliknya, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad memberi keyakinan bahawa Kerajaan Selangor masih kerajaan PR.

“Tidak pernah ada pengumuman daripada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan negeri PR tidak wujud lagi.

“Malah tiada juga sebarang pengumuman bersama dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti PR bahawa pakatan ini tidak lagi wujud,” katanya.

Oleh hal demikian, beliau berkata, Pas komited terhadap PR dan perkara ini ditegaskan pada muktamar yang lalu.

“Keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) baru-baru ini juga tidak memutuskan Pas keluar dari PR.

“Tetapi mungkin terdapat mereka yang tersilap membaca keputusan MSU sehingga menyangka dan mempercayai MSU mahukan Pas keluar dari PR maka dengan itu perlu keluar dari kerajaan,” katanya.

Menurut Iskandar, tiada sebab untuk Pas perlu keluar dari Kerajaan Selangor.

“Sekiranya Pas keluar dari PR, maka ketika itu Pas mungkin perlu menarik diri dari sebarang kerajaan pakatan tersebut,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena