Monday 13 July 2015

[Video CCTV LOW YAT] Negara sibuk dengan pelbagai isu...'Kamu' sibuk 'buat onar' di bulan Ramadhan! INI CERITA SEBENAR

Isnin, 13 Julai 2015

" INI CERITA SEBENAR PUNCA PERISTIWA PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT "


TIKAQ BULOH     10:51 AM     0

Dua hari juga menanti gambaran cerita sebenar atau punca pergaduhan di Plaza Low Yat KL. Berikut adalah salinan laporan polis yang telah dibuat, berdasarkan siasatan hasil dari laporan polis di bawah dan printscreen status salah seorang pengguna facebook agak konsisten kedua-dua laporan polis dan status facebook di bawah.

Moralnya kita nih kadang-kadang mendengar sesuatu cerita langsung terima bulat-bulat tanpa usul periksa. Pergaduhan seperti hanya akan membawa kepada ketengangan kaum, kita faham banyak kes-kes penipuan oleh peniaga Low Yat sebelum ini, tetapi jalan penyelesaian bukan dengan pergaduhan. Ianya akan memalukan bangsa kita sendiri.

Terkadang aku terfikir jika umat melayu Islam hari ini bersatu memenuhkan masjid-masjid kan lagi bagus. Hanya kerana sebiji phone sampai darah tertumpah.



Satu aduan Polis telah dibuat oleh seorang penjual, See Ming Ho, 28, yang secara tidak langsung menerima kesan dari kejadian yang berlaku di Lowyat, kelmarin. BERNAMA pula merujuk See Ming Ho sebagai pemilik kedai Lenovo yang berada berhampiran KFC.

Jika anda biasa ke Low Yat, anda pasti tahu lokasi kedai Lenovo tersebut yang memerlukan anda naik beberapa anak tangga berhadapan dengan Samsung. Menurut penerangan See Ming Ho, kejadian tersebut berpunca dari seorang lelaki yang berpura-pura ingin membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860.

Namun ketika See Ming Ho ingin mengambil "free gift" yang datang sekali bersama phone tersebut, lelaki tersebut telahpun hilang bersama phone jenis Lenovo S860 tersebut. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5:30 petang kelmarin.    

"Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan", jelas See Ming Ho. Sesiapa yang biasa dan pernah ke Plaza Low Yat pasti akan tahu kedai Oppo ini berada hampir di pintu utama Low Yat arah nak ke Starbucks.

Bagaimanapun menurut The Star Online, Lenovo S860 yang berharga RM799 itu tidak dijumpai bersama suspek yang ditangkap dengan bantuan pekerja Oppo itu. See Ming Ho telahpun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Menurutnya, penilaian orang ramai tentang kes ini bermula dari kedai Oppo yang telah menjual phone tiruan adalah tidak benar     "Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)", jelas See Ming Ho.

Menurutnya suspek, seorang lelaki yang tidak berpuas hati datang kembali ke Low Yat bersama sekumpulan kawannya dan menyerang pekerja dan premis Oppo. Pihak Polis menjelaskan kerugian melebihi RM70,000 dicatatkan apabila kumpulan tersebut menebalikkan kabinet dan juga meja pameran phone yang berada di kedai tersebut.

Seorang suspek kini berada dalam siasatan pihak Polis dan selebihnya masih dikesan. Jadi kisahnya di sini, kedai OPPO mahupun pekerja OPPO langsung tidak bersalah di mana hanya membantu memberkas suspek yang didakwa mencuri phone Lenovo S860 tersebut seperti yang didakwa.

Kami tidak mahu memihak kepada sesiapa cumanya harapan kami agar pihak berkuasa segera meneliti dan menangkap pihak yang bersalah di mana secara tidak langsung menghentikan semua kekcohan yang melanda negara dikala negara sibuk melalui pelbagai isu lain yang masih tidak berkesudahan.

Sementara itu akhbar New Strait Times memetik satu kenyataan pihak Polis bahawa kes ini telahpun dapat diselesaikan.

Pihak Polis menjelaskan kepada NST bahawa melalui siasatan terperinci yang dilakukan, suspek, seorang lelaki berusia 22 tahun ini telah mencuri sebuah telefon pintar yang membuatkan dia ditahan oleh para pekerja Low Yat yang lain.

Pihak Polis yang telah menilai semua rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang berbincang dengan penjual phone Lenovo tersebut sebelum mengambil phone dan cuba berlalu pergi ketika peniaga tersebut tidak melihatnya.

Jika ada sebarang perkembangan lagi tentang kejadian ini, kami akan kemaskini semula.  Oh! Media mengambil kesempatan ini untuk menasihati orang ramai agar bertenang dan tidak membuat tindakan secara melulu.

Kes ini seharusnya tidak melibatkan perkauman tetapi sebaliknya orang ramai harus melihat kes ini sebagai kes jenayah. Selepas ini, biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan kerja yang telah diamanahkan rakyat kepada mereka.

Pergaduhan membabitkan isu perkauman jelas tidak memberikan kebaikan kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan penuh mulia ini, banyak-banyakkan bersabar dan teruslah berfikiran positif selalu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena