Video Bukti Hadi Awang Dan Nik Amar Cuba Pertahan Najib Razak
Penafian Tajuk Berita Portal Malaysiakini...
Satu Lagi Isyarat Jelas Penolakan Lantikan AJK PAS Pusat Dari Mahfuz Omar
Kali ini Isyarat Penolakan Lantikan Dato' Mahfuz Omar sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat adalah lebih Jelas, bila Kenyatan dari beliau seolah-olah Menyanggah Kenyataan dari Tuang Presideng PAS Tuang Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mengatakan bahawa "Ahli yang tidak bersama PAS akan Tenggelam". Dengan mengatakan Parti Politik terutama nya PAS tidak memandang kecil terhadap Kewujudan Parti Baru yang lahir dari Inisiatif Ahli PAS sendiri, kerana beliau tidak nampak kewujudan Parti Baru akan seperti Parti Serpihan sebelum ini.
Yang mana bagi beliau Parti Sepirhan seperti HAMIM dan BERJASA adalah Sejarah Lama serta berbeza dengan Situasi Politik Semasa, ini kerana Perubahan Zaman dan Bacaan Politik tidak boleh Diwarnai oleh Sejarah Lama tetapi harus Diwarnai dengan Perubahan Zaman... Gaya Berfikir Masyarakat yang Lahir pada hari ini. Satu kenyataan Menyanggah yang bagi gua cukup untuk Membuka Minda Tuang Presideng PAS berserta Pemimpin PAS yang Menang secara KOTOR dalam Pemilihan sama ada diperingkat Cawangan, Kawasan mahu pun Peringkat Pusat
Seperti yang dikatakan sebelum ini bahawa Mahfuz Omar bukan lah Calang-Calang Pemimpin yang boleh dipandang Remeh akan Kenyataan yang keluar dari beliau, kenyataan dari beliau selalu nya akan membuat Pemimpin UMNO terutama nya menjadi seperti Orang Mabuk Pil Kuda. Jauh berbeza dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemimpin PAS terutama nya Golongan yang mengaku sebagai Ulama' Pewaris Nabi, dimana setiap kenyatan dari Golongan tersebut lebih kepada Memberi Pertolongan Cemas kepada Nyawa UMNO yang sedang Nazak.
Ini juga adalah Isyarat kepada Pemimpin PAS terutama nya Tuang Presideng PAS akan Hala Tuju Politik Mahfuz Omar andai kata Parti Islam Baru yang akan ditubuhkan oleh Pemimpin dari Kumpulan G18 benar terjadi. Siapa yang tak kenal dengan Mahfuz Omar, walaupun kadang-kadang ada Kerja Gila beliau lakukan seperti berkaitan Kes Pembunuhan Warga Monggolia Altantuyah Saribu, namun didalam Kerja Gila tersebut masih lagi ada Negarawan Terulung bagi UMNO yang boleh terikut-ikut dengan Kerja Gila tersebut seperti Tun Mahathir... kah kah kah !
Pada Pandangan gua lah... apa yang dikatakan oleh Tuang Presideng PAS bahawa "Ahli PAS yang tidak Bersama PAS akan Tenggelam" hanya lah bagi Menakut-nakutlkan Ahli PAS itu saja, yang sebenarnya Tuang Presideng tahu bahawa Ahli PAS yang tidak bersama Parti Islam Baru itulah yang akan Tenggelam dibawa Arus Suasana Politik Masa Kini. Tuang Presideng PAS bukan nya Sebegitu Tolol sebetul nya beb... tetapi saja-saja Membuat diri beliau supaya dipandang Tolol Berpolitik oleh Saingan Politik beliau dalam Parti PAS sendiri bagi mempengaruhi Ahli PAS.
Kerana itu didalam Isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan yang Terperangkap dalam Isu tersebut adalah Golongan yang Digelar sebagai JEBON, dimana Kenyataan Tuang Presideng bahawa begitu yakin 110% yang UMNO akan Menyokong RUU tersebut adalah hanya untuk Mendatangkan Tentangan dari Golongan Jebon. Yang Golongan Jebon Tentang adalah kerana Keyakinan Tuang Presideng terhadap UMNO seolah-olah UMNO Jujur. Tetapi Tuang Presideng Menggambarkan yang Jebon adalah Penentang RUU.
Bijak tak beb Tuang Presideng Berpolitik KOTOR bersama Pemimpin UMNO... sedangakan beliau tahu yang RUU tersebut sampai UMNO Mampos dan Hidup Balik Sepuluh Kali seperti Tahun 1987 pun UMNO tak akan Menyokong RUU berkaitan Hudud. Manakala Sokongan UMNO dalam DUN Kelantan hanyalah Sandiwara kerana jika diluluskan pun dalam DUN Kelantan HUDUD tidak boleh juga dilaksanakan, atas sebab ianya berkait dengan Perlembagaan Persekutuan. Itu semua Tuang Presideng tahu namun saja beliau mahu Memerangkap Ahli yang dipanggil Jebon.
Ini semua adalah demi Mempengarauhi Ahli dan Perwakilan PAS bagi Menjayakan Cita-Cita Politik beliau bersama ANAK BAPAK dan ANAK HANTU beliau, maka dengan itu Sandiwara tersebut kena di Tayangkan. Memang sesuatu yang cukup berat untuk diterima kenyataan ini bagi Penyokong beliau... lebih-lebih lagi bagi Penyokong beliau yang berkumpul didalam Negeri Terengganu Darul Iman, dimana Penyokong beliau tersebut masih lagi Dipengaruhi oleh Semangat dari "Amanat Hadi" yang sekarang sudah ditambah baiki kepada "Amanat Hadi UMNO Tidak Seburuk Firaun". sumber
I LOVE U Tuang Presideng PAS... muahhh... muahhh... muahhh... kah kah kah !.
hemmmmm..... beb... gua ni sekarang tengah dok perhatikan tingkah laku mahfuz ni... ada gua dengar beliau ni adalah wakil tuang presideng bagi mempengaruhi g18 supaya tidak menubuhkan parti islam baru... kah kah kah !.
0 comments:
Post a Comment