Boleh menang Kuala Kangsar, Sungai Besar asalkan bukan calon Pas, kata Kit Siang
| ZIKRI ABDULLAH
Ustaz Ahmad Awang dan Lim Kit Siang diraikan di majlis makan malam Amanah Pasir Puteh
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas.
"Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerjaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam tadi,
Ketua Amanah Pasir Puteh Abdul Halim Mohamad sampaikan cenderahati kepada Mohamad Sabu
Beliau percaya Pas sendiri tahu dalam keadaan sekarang kalaupun mereka turun bertanding mereka turun untuk kalah.
Dalam pilihanraya lalu katanya Pas hampir menang di kedua-dua kerusi kerana sokongan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan anti establisment.
"Sekarang parti-parti Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama Pas, malah sebahagian orang Pas sendiri kini bersama Amanah," katanya.
Umno sendiri katanya amat faham situasi ini dan ada yang medesak supaya Pas bertanding, sesuatu yang sukar diterima akal dalam politik.
Sedangkan kata beliau Pakatan Harapan terus kukuh untuk sama-sama membantu dalam PRK ini.
Lebih serbu hadir makan malam Amanah Pasir Puteh
"Kalau Amanah bertanding di PRK ini semua parti-parti dalam PH akan sama-sam kerja keras untuk pastikan kemenangan," katanya.
Tambahan lagi sekarang pihak Umno-BN sedang berpecah dua kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan kumpulan pro Datuk Seri Mohd Najib Razak," katanya.
Menurut beliau jika semua ini diambil kira peluang untuk jatuhkan BN di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar amat cerah.
Sementara itu Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu berkata Amanah akan membuat keputusan mengenai PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH.
"Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya disambut laungan takbir dan tepukan gemuruh lebih 1 000 tetamu di sebuah resort di Tok Bali.
MALAYSIADATELINE
1 comments:
Kit Siang org lama, cekap strategi. Pasal strategi mmg kena tanya DAP. Cuba tengok di Penang masa PRU13, bendera DAP sikit sangat, blh kira dgn jari. Tp menang besau. Kawasan MCA hilang deposit iaitu DUN Berapit dan Pengkalan Kota, bendera DAP pun takde.
Post a Comment