Wednesday, 18 May 2016

[Video] Laporan 1MDB masih OSA..."Macam2 Hal lah 1MDB Ni" - Muhyiddin

Rabu, 18 Mei 2016
Page Liked · 11 hrs
Kenapa di S'pore masih lagi berterusan siasat skandal 1MDB malah sudah ada pendakwaan terhadap seorang warganegaranya yang terlibat dgn skandal 1MDB.

TETAPI TIDAK DI MALAYSIA ??.. Kenapa di M'sia SUDAH 'DIBERSIHKAN' oleh AG Apandi Ali yg telah dilantik jadi Peguam Negara baru atas nasihat Najib ??

Laporan 1MDB masih OSA, hanya kabinet boleh batalkan - PAC...

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berkata, keputusan untuk mengubah status Laporan Audit 1MDB yang kini diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi hanya akan ditentukan oleh kabinet dan bukan jawatankuasa tersebut.
Menurut Hasan, ia terpulang kepada kabinet untuk memutuskan sama ada mahu membatalkan status laporan tersebut sebagai dokumen rahsia rasmi yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) atau tidak.
"Soal bila nak batalkan (dokumen dibawah) OSA, kerajaan akan tentukan. Terpulang pada kerajaan untuk putuskan.
"Terpulang pada kabinet untuk membuat keputusan terhadap Laporan Audit 1MDB," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Ditanya bila perkara itu akan ditentukan, anggota parlimen Rompin itu berkata:
"Kita akan minta kabinet buat keputusan," katanya ringkas.

Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena