PAS tidak beriman dengan pilihan raya, tapi umum letak calon awal?
Sebaik tewas dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata parti Islam itu tidak beriman dengan pilihan raya, malah masih yakin rakyat masih menyokong mereka.
Kenyataan Idris itu secara logiknya mengikut fikiran waras atau logiknya adalah bagi menunjukkan PAS tidak kemaruk untuk bertanding dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, PAS yang sudah boleh duduk semeja dengan Umno, tiba-tiba menjadi parti terawal yang mengumumkan untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Dalam hal ini, secara tidak langsung sudah mendedahkan pekung sebenar imej parti yang sering menggunakan nama Islam itu mahu mengelirukan rakyat.
Pada mulanya berkata PAS tidak beriman dengan pilihan raya tapi kemudiaannya awal-awal sudah tamak mahu memonopoli untuk meletak calon di kedua-dua kerusi tersebut.
Lebih parah lagi, keegoan dan kebongkakan pemimpin parti Islam itu tidak mahu duduk berbincang dengan blok pembangkang Pakatan Harapan bagi menyelesaikan isu calon sudah jelas mencerminkan mentaliti lebai-lebai ini.
Mungkin dalam pilihan raya kali ini, PAS lebih selesa duduk semeja dengan Umno bagi membincangkan bagaimana langkah terbaik untuk memastikan rakan baharu mereka itu dapat terus mengekalkan kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Jika PAS bertanding pun tidak ada gunanya kerana corak kempen mereka hanya akan membantu kemenangan Umno dan pastinya calon “mudah kalah” akan jadi pertaruhan mereka.
Dalam keadaan sebegini, lebih baik jika Pakatan Harapan terus bertanding di kedua-dua kerusi tersebut tanpa memikirkan PAS kerana mereka tidak bersama dalam blok pembangkang itu lagi.
Usah bimbang takut kalah kerana jika mereka membenarkan PAS bertanding, sudah pasti mereka juga akan memastikan calon Umno menang di kerusi tersebut.
Daripada berkawan dengan PAS yang sudah menjadi rakan kongsi Umno, lebih baik jika Pakatan Harapan pertimbangkan calon dikalangan parti dalam blok tersebut diletak dalam kedua-dua PRK tersebut.
Untuk PAS yang tidak beriman dengan pilihan raya, mereka akan terus memastikan Umno berkuasa walaupun terpalit dengan pelbagai skandal dan salahlaku. – 13 Mei, 2016.
The Malaysian Mirror
0 comments:
Post a Comment