APAKAH motif kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru supaya parti Islam itu berpatah balik dan bersatu semula dengan Pakatan ...
AMANAH dah lama jangka PAS akan gabung dengan BN
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Anuar Tahir menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang membayangkan gabungan antara PAS dan Umno menjelang PRU akan datang sebagai melucukan.
“Kadang-kadang lucu juga (dunia) politik kita ini,” ujar Anuar sambil menambah perkara itu sudah pun dijangka oleh pihaknya sejak masih berada di dalam PAS, memetik laporan Sinar Harian Online.
Malah, jelas beliau lagi, pakatan pembangkang tidak terkejut serta tidak akan menghalang sekiranya ada penyatuan antara keduanya sebelum pilihan raya nanti.
“Kami tidak terkejut dengan sekiranya PAS bergabung dengan Umno kerana hal tersebut menjadi sebutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Semasa kami masih berada dalam PAS lagi, kami tahu memang ada beberapa pertemuan melibatkan beberapa orang tertentu antara kedua parti PAS dan Umno,” tambah beliau.
Terdahulu, Annuar semasa sidang media Umno selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mengulas lanjut, Anuar berkata, perjuangan Pakatan Harapan tidak akan terjejas sekiranya PAS memilih untuk berjuang di sisi Umno selepas ini.
Apa yang perlu dilakukan PAS hanyalah memuktamadkan keputusan sama ada untuk terus teguh bersama pembangkang atau bersama dengan Umno untuk meneruskan kuasa pemerintahan ke atas rakyat, katanya.
Sementara itu, dalam laporan yang sama, Ahli Parlimen Kapar dari PKR, G Manivannan berkata, semua pihak harus bertenang terlebih dahulu kerana dunia politik memang tidak boleh diramal dan sentiasa ada ‘drama’.
Tidak ambil pusing dengan kenyataan Annuar, ujar Manivannan, pihaknya sentiasa sedia untuk mengharungi apa sahaja situasi politik yang akan muncul pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyanggah dakwaan yang dibuat oleh Annuar.
Katanya, gabungan antara PAS dengan Umno adalah sesuatu yang mustahil memandangkan PAS sudah pun membentuk blok Gagasan Sejahtera (Gagasan).
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment