Sunday 9 October 2016

Hoi Jamal! 'ANJING KORAP' pon tak gila camni...Tiga suspek serang penyokong BERSIH ditahan.

Ahad, 9 Oktober 2016



Krikk.. Krikk.. Krikk


'ANJING KURAP' pon tak gila camni...

Siapa2 nak berjuang syahid-Umno nanti boleh isi borang dgn segera sebelum kehabisan stok & joint bersama2 mereka...

"Ingatlah saudara jika ada yang terkorban ketika berjuang bersama saya anda bakal mendapat Syahid" -Dato' Jamal Yunos, 16 Mac 2016.


Hidup Umno !!!... Mati Bersama Umno !!!...

Sumber:

https://www.facebook.com/1636746906614040/posts/1693277137627683
Ada percubaan provakasi dari pihak baju merah di penghujung aktiviti#KonvoiBersih di Batu Kawan tadi. Namun, marshall dari ARIF mengawal suasana dengan aman atas bantuan pihak polis.
"Satukan tenaga, Malaysia Baru"

Tiga suspek serang penyokong BERSIH ditahan

Tiga individu ditahan polis berhubung serangan ke atas seorang penyokong BERSIH di Sabak Bernam, Selangor semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata tiga suspek terbabit ditahan selepas kumpulan BERSIH membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Walaupun polis sudah menahan tiga lelaki itu, kami masih menjalankan siasatan dan meneliti klip video (insiden itu) untuk mengenal pasti pihak yang terlibat," katanya.
Ketiga-tiga suspek itu ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan berkaitan merusuh. Jika didapati bersalah oleh mahkamah, pelakunya boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Abu Samah berkata tindakan sewajarnya akan diambil ke atas sesiapa saja yang melakukan keganasan.
"Pada perhimpunan begitu - apabila ada satu pihak dalam keadaan berhadapan secara langsung dengan pihak yang lain, polis menjangka perkara itu akan berlaku.
"Bagaimanapun polis akan bertindak jika terdapat sebarang salah laku," katanya dipetik akhbar The Sun hari ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena