Monday, 4 September 2017

[Video Azmin Sedar Tak Agenda PAS Umno Rampas Selangor?] FITNAH BERNIAT JAHAT & Tahniah YB Dr Mujahid 'Sentiasa Bersama Rakyat Di Waktu Senang Dan Susah'

Isnin, 4 September 2017

Foto Dr Mujahid Yusof Rawa.

FITNAH BERNIAT JAHAT TERHADAP SAYA OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Saya mendapat maklumat pihak tertentu memburukkan reputasi saya kerana mendakwa saya 'hilang' tak turun padang semasa hujan lebat semalam 3hb September. Ia jelas berniat buruk kononnya untuk menonjolkan bukan Yb bertugas dan saya hilang entah ke mana termasuk gambar yang berbau fitnah.
Saya minta dengan tegas pihak berniat jahat menarik balik fitnah ini setelah melihat maklumat log pergerakan saya semalam yang saya sediakan di bawah.
Terimakasih tidak terhingga pada sukarelawan dan pemuda kawasan sekitaran yang membantu kawal trafik di tempat saya bertugas semalam kerana saya yakin kita semua membantu tanpa perlu dijulang nama demi Parit Buntar tercinta. Maaf saya tak sempat berselfie atau posing semasa bertugas.
LOG PERGERAKAN SAYA
Pkl 6.30pm- mengumpul maklumat awal
Pkl 9.00pm- turun ke simpang 3 sekolah cina ke Bandar Bharu-Pekan Baru
Pkl 9.30pm- kawal trafik elak kereta terkandas bersama pemuda dan beberapa orang di situ
Pkl 11.30pm- Pekan Parit Buntar kawasan AM Bank tinjau keadaan jumpa Hj Sani Kemboja dan Isteri.
12.01am-tinjau Taman Damai dan Setia Utama belakang Mydin. Sudah lewat kebanyakan penduduk berada dalam rumah
12.30- Balik ke rumah
Ini pula apa yang saya perjuangkan di Parit Buntar dalam isu Banjir dan Alam sekitar.
Isu dan Perjuangan Ahli Parlimen Parit Buntar
1. Isu kawasan tadahan hujan kerana pembalakan di Pondok Tanjung memberi kesan pada takungan di Bkt Merah. Kawasan diterokai untuk ternakan kambing Boer Kementerian Asas Tani.
2. Isu pencerobohan hutan api api Bagan Tiang. Kami berusaha memelihara dgn program tanam semula dan melarang pencerobohan berteruan pengusaha ternakan udang. Akuakultur diseimbangkan dengan kawasan tadahan dan sekat air pasang.
3. Perparitan antaranya mendalamkan dan bersihkan sampah yang tersangkut telah kita bawa sejak 2008 saya jd YB. Sebahagiannya diambil tindakan, terimakasih MDK.
4. Sentiasa mengingatkan penyelarasan State dan Federal dlm pengurusan alam sekitar kerana pertindihan dan komitmen negeri untuk ikut garis panduan akta. Jangan memihak kepada developer dengan merugikan alam sekitar.
5. Pendekatan holistik sentiasa saya tekankan dalam dasar dasar glboal warming dan pengurusan alam sekitar.
Semua yang saya jelaskan di atas boleh dirujuk pada ucapan saya di parlimen. Terimakasih kepada Sdr Meor Razak dari Sahabat alam sekitar dan NGO lain kerana bersama kami dalam perjuangan alam sekitar khususnya di Kerian.
Sekian
Yb Dato Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
4 Sept 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena