Thursday, 7 September 2017

[Video Kenyataan macam Pemuda Umno, kata Mujahid pada anak Hadi] SEDIH LAGI MENYEDIHKAN! Nur Jazlan (T/Menteri) - Ketiadaan CCTV di balai-balai polis kerana kerajaan tidak cukup wang untuk memasangnya.

Jumaat, 8 September 2017
Foto Otai BERSIH.
Tlg tanyakn kt Menteri2 atau ahli2 umno..
Diorg bole kasi "Guarantee" tak yg Malaysia tak akan jdi seperti Sri Lanka..?

Sebab hal serius camni sunyi je kt tv3...atau mungkin jgk hal kecik je ni..tk serius mna pun..

Setakat negara tergadai apalah sgt...nnti yg kaya2 bole pindah duduk Australia atau Mongolia.. Macai2 hantarkn kt Somalia...
Foto Otai BERSIH.
Aku bersara dapat 2 jawatan baru..ko orang ada..?

SEDIH LAGI MENYEDIHKAN....

Kejadian seorang anggota polis diserang dan ditetak sehingga menyebabkan kematiannya di sebuah balai kecil di Subang Jaya, baru-baru ini tentunya sesuatu yang menyedihkan kita semua.

Tugas pihak polis ialah menjaga keselamatan rakyat, tetapi nampaknya anggota polis sendiri turut terancam kedudukannya.

Ketika kejadian, balai polis tersebut tidak dilengkapi kamera litar tertutup atau CCTV sehingga mendatangkan sedikit kesukaran kepada pihak polis mengesan pelaku yang melakukan jenayah itu.

Dalam hal ini, jika anggota pasukan keselamatan sendiri tidak dilindungi oleh persekitaran yang terkawal, tentulah sukar bagi mereka menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Harapan kita tentunya agar kejadian di balai polis itu adalah yang pertama dan terakhir. Kita tidak mampu melihatnya berulangnya lagi di masa dan tempat yang lain.

Semalam, kita tentunya bertambah sedih apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang menyebut ketiadaan CCTV di balai-balai polis ialah kerana kerajaan tidak cukup wang untuk memasangnya.

Aduhhh...kenapa sampai begitu sekali?

Di sebalik tranformasi sana, transformasi sini, ekonomi tumbuh sihat, KDNK makin meningkat, cukai GST RM42 bilion setahun dan nama Perdana Menteri sendiri dicatat sebagai penerima derma terbanyak dalam sejarah dunia,mrupa-rupanya negara masih ketiadaan wang untuk memasang CCTV di balai-balai polis.

Tidakkah ini sangat-sangat memalukan dan menyedihkan kita semua? 

Apakah Najib Razak juga berperasaan seperti kita? (ShahbudinHusin 07/09/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena