Wednesday, 26 September 2018

[Video "Janganlah BOROS sangat" Tips Berjimat Cermat untuk Ibu-ibu dpd Rosmah & Kini apa dah jadi kpd Rosmah] Tukang emas tuntut Rosmah pulangkan berlian kuning.

Khamis, 27 September 2018



Foto Suara Rakyat.
"Ibu-ibu janganlah boros sangat. Berbelanja duit cara berhemah"

HA.. HA.. HA..

Tukang emas tuntut Rosmah pulangkan berlian kuning



Tukang emas yang berpusat di Dubai menuntut agar barang kemas berjumlah lebih AS$5 juta yang dikatakan sebelum ini diserahkan kepada bekas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dipulangkan.
Menurut dokumen yang dilihat Malaysiakini, barang kemas yang belum dibayar itu diserahkan kepada Rosmah di Kuala Lumpur pada Mac tahun ini.
Barang kemas daripada Adi Hasan AlFardan Jewellery (AlFardan) itu termasuk seutas rantai mengandungi 56 berlian kuning berbentuk hati dengan satu batu terbesar seberat 10.7 karat.
Rantai berkenaan juga dikatakan mengandungi 78 berlian berwarna yang bersaiz lebih kecil.
Dengan kos pengubahsuaian yang didakwa diminta oleh Rosmah, rantas berkenaan didakwa bernilai AS$2.248 juta.
Selain daripada itu, tukang kemas itu juga mendakwa menghantar seutas rantai dan set subang yang juga mengandungi berlian kuning, bernilai AS$3 juta.
Rantai berkenaan dikatakan diperbuat daripada berlian “cushion cut" berjumlah 112.94 karat manakala subang itu yang juga dibuat dengan teknik tempaan sama, seberat 17.84 karat.
Menurut Institut Geomologikal Amerika (GIA), berlian kuning sangat berharga dan sukar diperoleh. Ia dikatakan hanya boleh didapati di lombong Zimmi di Sierra Leone.
Pada Julai lalu, tukang emas berkenaan, melalui firma guaman Malaysia, Kandiah Partnership, telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh bagi menuntut pemulangan barang kemas berkenaan.
Surat itu, yang dilihat Malaysiakini menyatakan Rosmah telah menjelaskan kepada pemilik Alfardan bahawa barangan berkenaan telah disita oleh pihak berkuasa ketika serbuan di beberapa kediaman yang dikaitkan dengan Najib.
"Pada 20 Jun, anak guam kami (AlFardan) telah datang ke Malaysia dan berjumpa dengan Rosmah di kediamannya di Kuala Lumpur.
"Dalam perjumpaan itu, Rosmah memaklumkan Adi (AlFardan) bahawa tiga barang kemas berkenaan antara barangan yang disita polis dan Rosmah kini tidak boleh membayar barang kemas itu.
"[....] Kami (peguam) telah diberi arahan untuk membantu anak guam kami menuntut semula barangan itu daripada polis, sekiranya ia telah disita. Jika ia tidak disita, anak guam kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Rosmah," kata surat berkenaan.
Surat itu meminta agar Amar mengesahkan pihak polis menyimpan barang kemas yang dimaksudkan.
"Anak guam kami sedia memberi kerjasama dengan polis untuk mendapatkan semula barang kemas itu yang belum dibayar oleh Rosmah," tambah surat itu.
Apabila dihubungi, peguam K Ashok dari Kandiah Partnership mengesahkan surat berkenaan.
"Saya boleh mengesahkan kewujudan surat itu yang dikeluarkan firma guaman saya. Dan kami kini dalam proses untuk mengambil arahan anak guam kami untuk tindakan selanjutnya atau prosiding undang-undang terhadap Rosmah," katanya kepadaMalaysiakini.
Peguam itu juga mendedahkan bahawa polis telah merespons, namun tidak menyentuh berhubung perkara yang dibangkitkan mereka.
Malaysiakini sudah menghubungi Amar untuk mendapatkan ulasan.
Sementara itu, surat berkenaan juga mendakwa Adi AlFardan, dalam empat kunjungannya ke Malaysia bagi menyerahkan barang kemas kepada Rosmah, selain untuk menuntut bayaran, sering tidak perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen.
"Kebanyakan ketibaannya di Kuala Lumpur, individu yang mengaku sebagai pegawai khas dari Pejabat Perdana Menteri menunggunya di balai ketibaan dan mengiringinya melepasi pusat pemeriksaan kastam dan imigresen," kata surat itu.
Pada Jun lalu, Global Royalty Trading yang berpusat di Lubnan memfailkan saman ke atas Rosmah berhubung 44 barang kemas yang terdiri daripada tiara, rantai berlian, cincin, gelang dan subang yang diserahkan kepada Rosmah.
Global Royalty mendakwa Rosmah maklum dengan resit konsainan bertulis, barang kemas itu tidak lagi dalam simpanannya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena